Adakah kerana ‘adat’ berpuluh ataupun beratus tahun dahulu kita perlu ikuti sehingga kiamat? Bagaimana sesuatu adat itu wujud? Ia adalah hasil kreativiti individu dalam mencapai sesuatu tujuan. Bagaimana dengan adat memberi duit raya? Adat memberi duit ketika hari raya adalah ikutan konsep yang dibawa oleh masyarakat cina memberi ‘angpow’. Jika tidak salah saya, amalan ini walaupun tidak haram tetapi ianya tiada di dalam ajaran agama Islam? Tidak salah memberikan duit raya, tetapi adakah pemberian duit raya adalah langkah terbaik yang kita mampu lakukan ketika menyambut hari raya?
Sudahkah kita mengkaji apakah hasil yang dapat kita lihat terutama kepada anak ataupun anak saudara kita? Seperti pada tahun yang terdahulu, tiada perubahan yang dapat dilakukan dengan duit raya. Ibubapa ada yang memilih membiarkan anak mereka membelanjakan duit raya dan ada yang ‘memaksa’ anak menyimpan duit raya anak ke dalam bank.
Bagaimana jika tahun ini kita membuat kejutan dengan mengantikan duit raya dengan angan-angan? Ya, kita berikan peluang kanak-kanak menciptakan angan-angan di minda mereka. Bagaimana? Dengan buku yang dituliskan khas bagi melatih kanak-kanak mencipta angan-angan di kotak minda mereka.
Tuliskan kata-kata perangsang pada muka surat pertama dan bungkuskan buku itu dengan elok-elok. Hadiahkan kepada mereka pada hari lebaran nanti. Berapa harga buku itu dan di mana dapat di perolehi buku tersebut?
Buku Biskut Ajaib yang akan sedang di cetak pada penghujung bulan Ogos 2008 bakal terbit di pasaran mulai pertengahan September nanti. Buku ini berharga RM12. Ianya buku yang memberikan inspirasi kepada kanak-kanak bagi menceburi dunia bisnes. Buku ini adalah buku pertama hasil usahasama saya dengan Puan Nor’Aini Mohamed Noor seorang penulis sepenuh masa. Buku kedua yang akan menyusul sama ada dalam bulan September ataupun awal bulan Oktober adalah Garaj Aiman. Buku-buku seterusnya akan diterbitkan dari masa ke semasa, semuanya bertujuan memberikan inspirasi bagi kanak-kanak ataupun pelajar mencipta angan-angan.
Kepada individu yang memperuntukan RM 10 ataupun lebih boleh mengunakan kaedah membina impian bagi membantu orang yang kita sayangi. Dengan usaha memberikan buku untuk beberapa tahun, insyaa-Allah lebih ramai rakyat Malaysia yang mencipta peluang dan bukannya merebut peluang. Merebut peluang adalah punca utama kenapa ada rakyat Malaysia yang menganggur.
Siri buku Usahawan Kecil yang sedang saya usahakan bersama Puan Nor’Aini sejak tahun 2007 akan mula menemui kanak-kanak dengan buku pertama bertajuk ‘Biskut Ajaib’.
Entri ini akan diterbitkan untuk beberapa kali bagi mendapatkan maklum balas sepanjang bulan puasa nanti.
Apa pandangan saudara/i berkenaan tajuk entri pada kali ini?
Saya sangat setuju jika kita boleh dan mampu mengubah budaya yang bukan dari budaya kita iaitu ‘memberi angpow’ semasa hari raya. Memberi buku salah satu cara dan ia lebih baik dari beri duit pada pendapat saya. Pengalaman sewaktu berhari raya di kampung beberapa tahun dahulu menunjukkan kanak-kanak yang saya perhatikan menghabiskan duit raya dengan membeli bunga api dan mercun. Jadi menggantikannya dengan memberi buku yang baik, suatu idea yang baik.Tahniah Mr Sham.(kalau buku biskut ajaib sudah ada di pasaran tolong hebahkan ye. Rasanya tahun ni saya nak buat kejutan dengan memberi buku, Insya Allah)
Terima kasih Saudara Roslan,
Satu pendedahan yang jelas berkenaan ke mana duit raya dibelanjakan oleh kanak-kanak. Mereka membakar duit bagi mendengar bunyi bising, melihat api yang berwarna-warni.
Insyaa-Allah saya akan wawarkan apabila buku itu ada di pasaran. Saya cuba usahakan agar buku itu siap di cetak dan berada di kedai buku dalam bulan september nanti.
Syabas!!!
Saya memang sokong cadangan ganti duit raya dengan sesuatu yang boleh membuka minda anak-anak.
I love books. I’m addicted to books. I love to share good books with people around me. So, Inshaallah, Biskut Ajaib will on my ‘sharing is caring’ list.