Skip to main content

Book Talk di Alamanda, Putrajaya berjalan lancar seperti yang dijadualkan. Program ini bermula pada pukul 3.30 petang dan berakhir pada pukul 4.35 petang. Ianya berkisar kepada buku ‘Kaya Dengan Rumah’ bertepatan dengan tajuk book talk yang telah diwawarkan oleh Tuan Aizat dari PTS yang menjadi pengacara sesi tersebut.

Sambutan amat memberangsangkan di mana buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang habis pada hari tersebut. 

Gambar di atas di salin dari halaman Tuan Abdul Latip, yang merupakan penulis tersohor tanahair yang banyak menulis buku dalam siri ‘kepahlawanan’.  Beliau adalah salah satu daripada pemenang kuiz yang julung kali saya anjurkan bagi menghargai pembaca di Putrajaya yang menjadikan ketiga-tiga buku saya terlaris sepanjang 6 bulan pertama tahun ini. 

Saya berhajat untuk datang lagi ke MPH Alamanda, dalam masa terdekat ini bagi mempromosikan buku ‘Biskut Ajaib’ yang di jadualkan terbit pada pertengahan september ini.

3 Comments

  • norlila says:

    Salam,

    Saya bertugas di Kota Kinabalu Sabah dan balik ke Kuala Lumpur pada 30.8.08 lepas. Selesai urusan kerja, saya bergegas ke MPH Alamanda untuk berjumpa tuan. Malangnya saya terlewat 15 minit kerana tuan baru sahaja meninggalkan tempat tersebut.

    Mudah-mudahan saya dapat berjumpa tuan di lain masa. Saya hanya sempat membeli buku Makan Gaji Tetapi Kaya dan Kaya dengan Rumah. Menurut petugas buku lain habis terjual. Syabas!

    Semoga tuan dapat menulis dan berkongsi pengetahuan dalam buku yang berpatutan harganya. Moga ia dikira sebagai ibadah dan Selamat maju jaya.

  • Salam saudari,

    Saya amat terharu di atas pengorbanan saudari yang sanggup mengejar masa bagi mengikuti majlis ilmu. Semoga Allah sentiasa melimpahi saudari dengan limpahan kebaikan yang saudari tidak sangka-sangka. Amin.

    Saya bergeraka ke food court ‘Rasa’ dan berada di sana hampir 45 minit selepas book talk itu berakhir. Insyaa-Allah kita akan berjumpa nanti, jika diizinkan. Terima kasih di atas sokongan saudari itu. Semoga Allah melihampi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat kepada saudari sepanjang waktu.

    Alhamdulilah, buku yang paling mahal yang ditulis adalah berharga RM 20 manakala yang termurah adalah RM 17. Harga buku ditentukan oleh penerbit, walaupun bagaimanapun saya akan berusaha supaya buku-buku seterusnya juga dijual sekitar harga yang sama.

  • roslan says:

    Salam! Saya juga ingin maklumkan kepada tuan bahawa buku-buku tuan di Melaka juga telah kehabisan stok. Saya baru saje pergi ke 2 buah kedai buku yang terbesar di Melaka malangnya tiada lagi stok. Saya telah meninggalkan nama dan no. telefon kepada pembantu jualan, dia berjanji akan menghubungi saya apabila pesanan barunya sampai.

    Tahniah kepada tuan moga akan terus berjaya!

Leave a Reply