Selamat berpuasa untuk tuan sekeluarga. Saya sudah mula tertarik untuk lebih berjimat di masa kini. Tidak seperti dulu. Saya suka menghabiskan duit cam itu sahaja. Saya sering membaca komen tuan kat web site. Saya sudah mula berbincang dengan suami cara-cara hendak simpan duit. Tapi saya kesal sebab tidak dapat baca buku tuan. Saya sudah mencari kat tempat saya ini tetapi tidak ada.
Nak beli online boleh tak?
FP
———————————–
Terima kasih, semoga kita semua mendapat rahmat di atas kedatangan bulan Ramadan itu. Amin. Di sebabkan keinginan puan yang terus menerus ingin mendapatkan buku tersebut, saya bersedia membuka peluang bagi membelinya secara terus daripada saya. Insyaa-Allah saya akan tinggalkan dengan serangkap kata-kata bagi setiap buku yang dibeli itu.
Puan, sila emelkan kepada saya buku mana yang Puan inginkan dan berikan saya alamat terlebih dahulu, saya ingin mengirakan kos penghantaran. Kos penghantaran adalah di antara RM 6 – RM 12 bagi 1 hingga 3 buah naskah.