Skip to main content

Seorang individu yang datang ke pejabat SK pada hari Isnin, 6 Oktober 2009, bagi menghadiri Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan. Beliau adalah peserta tunggal di atas permintaan beliau yang ingin mendapatkan khidmat ‘Coach’.

Beliau adalah seorang yang usahawan yang rajin, komited dan menepati masa. Saya melihat beliau seorang yang banyak berusaha.

Beliau banyak menghadiri kursus-kursus pembangunan diri dan bisnes. Di samping itu beliau juga telah membelanjakan lebih RM 6,000 ringgit untuk mengenali potensi diri beliau melalui nombor-nombor ‘tarikh lahir’.

Semoga beliau sudi memberikan sedikit maklum balas seperti mana beliau menceritakan kepada SK.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

5 Comments

  • jai@jaigoku says:

    Salam Tuan SK,

    Bagus individu seperti itu.. Mempunyai keazaman kuat untuk memperbaiki diri.
    Hmm.. macam kenal je individu ni Tuan? hehe.. saje meneka.. ๐Ÿ™‚

  • Salam Tuan Hasrizal,

    Beliau dari negeri Sembilan bukannya dari Johor.

    Saya tidak pasti jika Tuan mengenalinya sebelum ini.

    SK

  • Mohd Yusoff Kasim says:

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Semoga Allah S.W.T merahmati Tuan sekeluarga. Terlebih dahulu saya ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kerana tuan sudi memberi bimbingan secara personal coach bisnes (berkonsepkan strategi samudera biru) untuk saya pada 5 Okt 09 (Isnin) lepas.

    Alhamdulillah syukur saya kepada Allah disebabkan kini saya telah bertemu dengan seorang mentor dalam pengurusan kewangan dan perniagaan. Untuk tuan SK, sekira saya memilih untuk makan gaji lagi saya mesti pastikan bahawa saya ‘MAKAN GAJI TETAPI KAYA’ sebagai mana yg tuan SK telah perturunkan ilmu tersebut dibuku sebelah kanan ini.

    Untuk tuan2 diluar sana yg masih kabur lagi nak buat bisnes apa… terutamanya orang2 yg makan gaji saya disini sangat2 mengesyorkan agar tuan2 semua datanglah belajar dengan Tuan SK. Mengikut pengalaman saya orang2 yg berkerja makan gaji ni sangat mudah dihipnotis dengan skim2 cepat kaya. Dari segi bisnes pula, orang2 yg makan gaji ni juga jika kita bawa dia buat lawatan ke 10 jenis perniagaan keusahawanan, sepuluh2 jenis bisnes dia nak buat. Sampaikan ada satu hamba Allah tu! dia kata kat saya “kalau macam ini dia nak pergi umrah dulu nak minta petunjuk dari Allah” kemudian balik dari umrah baru buat bisnes. Macam2 hal!! TETAPI INSYA-ALLAH JIKA TUAN2 MENUNTUT ILMU DENGAN TUAN SK, DENGAN IZIN ALLAH TUAN2 PASTI MENDAPAT JAWAPAN YANG TUAN2 CARI SELAMA INI.

    Akhirkata, sekali lagi saya doakan semoga Tuan SK dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dengan harapan dapat saya bertemu dengan tuan dimasa2 akan datang. Sekian, terima kasih.

  • MOHD FAIZAL TAJUL HUSHIN says:

    sungguh menarik dan tertarik hati saya. sebenarnya saya meminati bidang perniagaan tetapi mencari2 bisnes yang boleh saya ceburi tanpa berhenti kerja di sektor kerajaan.saya sangat bersetuju dengan pendapat mohd yusof yang kakitangan kerajaan mudah dipedaya oleh skim2 cepat kaya dan mlm sedangkan tak semua mampu buat.kadang2 saya terfikir apakah produk yang hari2 orang guna dan habis tapi samapai sekarang belum kutemui.boleh ke tuan memberi tunjuk ajar kepada saya bisnes yang sesuai tanpa saya berhenti kerja. saya yakin tuhan memberi semua orang potensi yang sama cuma orang sendiri kena berusaha dan selebih serah kepada tuhan. kadang2 kita hairan kenape bangsa lain lebih kaya dan maju sedangkan dia orang bukan orang islam.Adakah tuhan itu tidak adil tetapi kita pada ayat bismillahhirahmannirahim yang bermaksud maha pemurah dan maha mengasihani renungkan lah..

  • jai@jaigoku says:

    Tuan Yusoff dan rakan2,

    Ada beberapa cara untuk kita memilih bidang bisnes yang sesuai. Ya, betul kita mudah terpengaruh lebih2 lagi apabila kita mengetahui dan membaca kemudian teruja cara mereka mempengaruhi minda seseorang.

    Ada seorang IM yang terkenal, telah mencuba banyak bidang bisnes Internet dan akhirnya menjumpai sesuatu bidang yang serasi dengannya dan terus membina pendapatan yang lumayan dalam bidang yang ‘serasi’ dengannya.

    Solat istikharah adalah jalan ikhtiar yang sepatutnya tidak di ketepikan.

    http://www.h2jbiz.com/blog

Leave a Reply