Skip to main content

Sehingga hari ini, banyak individu ditipu, tertipu di sebabkan oleh tindakan yang diambil berdasarkan nasihat dari orang yang tidak tepat. Apa yang pelik, ada individu yang mudah meminta dan menerima nasihat dari orang yang tidak ada ilmu ataupun pengalaman dalam bidang tersebut.

Sebagai contohnya : Apabila ingin menyertai dunia bisnes, ada individu yang bertanya kepada orang makan gaji tentang selok belok dunia bisnes.

Apa yang biasa diberitahu adalah : Buat bisnes berisiko tinggi, banyak yang terlibat dengan rasuah, kalau ingin kaya kena terlibat dengan rasuah.

Ada juga individu yang ingin membuat bisnes pergi kursus usahawan. Tenaga pengajarnya adalah seorang makan gaji.

Apabila ditanya oleh seorang peserta Encik buat bisnes apa? Tenaga Pengajar itu berkata “Saya tidak buat bisnes, dulu pernah buat, semuanya lingkup, itu sebab saya jadi Tenaga pengajar untuk orang buat bisnes sahaja!”

Pelajari kaedah buat bisnes dari pelbagai individu yang buat bisnes secara sepenuh masa.

Apabila di tanya kepada pelabur yang tidak islamik walaupun Muslim tentang halal ataupun tidak perlaburan yang mereka lakukan? “Semuanya sama sahaja, bank yang mengamalkan sistem kewangan Islam dan Konvensional, kerana duit itu dicampur juga?”

Apabila di tanya pelabur yang Islamik, mereka memberitahu “Orang yang melibatkan diri dengan perlaburan berlandaskan Riba ataupun mengambil pinjaman berlandaskan Riba akan berperang dengan Allah dan Rasul seperti yang Allah nyatakan dalam Al-quran yang telah diturukan kepada manusia 1400 tahun yang lalu”

Kalau kita ingin tahu dalamnya rimba, tanyalah pada si Puyuh

Kalau kita ingin tahu luasnya padang, tanyalah pada si Belalang

Kalau kita ingin tahu tingginya pokok, tanyalah pada helang

Jangan tanya pada puyuh apabila kita ingin tahu tingginya pokok, sudah pasti maklumat yang diberikan menyelewengkan perjalanan kita.

Lantik seorang mentor setiap bulan jika boleh, mereka membantu kita membawa ke destinasi yang kita ingin capai.

Shamsuddin Kadir

Trainer, Author, Reader & Listener

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply