Assalamualaikum,
Saya ada beberapa soalan.
Saya sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Suami pula masih belajar. Separuh perbelanjaan kami di tanggung oleh bapa mentua.
Suami saya ada pendapatan juga. Tapi tidak menentu. Bergantung pada orang yang memberi. Dengan pendapatan yang tidak tetap bagaimana seharusnya saya menggunakan wang yang ada? Walau pun ada simpanan, kadang terpaksa juga di korek untuk membeli keperluan.
Dan sekarang anak kami semakin membesar. Kami perlukan kediaman sendiri. Apa cara yang terbaik untuk memiliki rumah sendiri?
Tanpa di bebani hutang yang banyak? Harap saya dapat jawapan… Ada tak buku tuan di pasarkan di Sabah…?
FP (Bukan nama sebenar)
Sebelum ini saya ada bertanya pada tuan, beberapa soalan. Saya selalu melayari web site tuan untuk mendapat jawapan akan soalan saya. Saya harap tuan dapat memberikan jawapan pada saya.
Maaf kan saya sekiranya saya mendesak tuan.
—————————
Waalaikummusalam,
Pertama-tamanya saya memohon maaf di atas kelambatan membalas emel saudari. Saya sebenarnya tidak sempat bagi melayan setiap emel yang dihantar di atas emel yang dihantar, walau bagaimanapun saya mencuba sedaya upaya bagi menjawab setiap pertanyaan. Mungkin ada yang akan terlepas pandang, jika ianya berlaku sila mengingati saya semula, Insyaa-Alllah saya akan menjawabnya.
Suami Puan masih berlajar, seeloknya dilupakan sementara waktu bagi membeli rumah dalam masa terdekat, tetapi jangan tinggalkan walaupun sehari dari menambah ilmu dalam bidang hartanah. Pastikan hidup Puan benar-benar stabil iaitu apabila suami puan sudah ada pendapatan tetap selepas tamat belajar nanti. Tidak rugi puan menundakan hasrat memiliki rumah sendiri, jika keadaan tidak mengizinkan. Banyak juga risiko jika Puan membuat keputusan membelinya dalam masa terdekat, dalam keadaan suami belum ‘stabil’
Insyaa-Allah buku saya itu ada di jual di banyak kedai buku di Sabah dan Sarawak. Cuba tanyakan buku keluaran PTS Publications dan Distributors Sdn Bhd di kedai buku yang Puan lawati. Untuk Puan saya mencadangkan Puan membaca semua buku yang telah saya tulis itu. Mulakan dengan buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang di ikuti Makan Gaji Tetapi Kaya, Kaya Dengan rumah dan yang keempat Buat Duit dengan Rumah.
Tentang perbelanjaan, Puan perlu membelanjakan 70% daripada pendapatan bulanan yang diterima. Hidup dengan gaya hidup yang dapat ditampung dengan kos 70% itu sahaja. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dapat memberikan maklumat lebih terperinci.
Emel : info@shamsuddinkadir.com
Membina Dimensi Sebenar!
Jika tidak jumpa di kedai, ada baiknya beli secara online di http://bookcafe.com.my/