Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Bacaan ini hanya dikhususkan kepada individu-individu yang ingin berkecimpung dalam dunia bisnes.
Kursus ini disediakan khas bagi individu sama ada ketika ini :
- adalah seorang bisnesman yang masih belum ‘berjaya’ dalam bisnes.
- adalah seorang pekerja yang bercita-cita ingin menjadi usahawan sepenuh masa
- adalah seorang surirumah yang bercita-cita ingin menjadi usahwan yang berjaya
Kenapa kursus Berhijrah Menjadi Usahawan ini unik?
- Ianya akan dijayakan oleh Shamsuddin Kadir yang lahir dan dibesarkan oleh seorang bisnesman yang berjaya dalam pelbagai bisnes iaitu ayahnya.
- Ibunya juga yang pada permulaan adalah surirumah, akhirnya menjadi bisneswomen. Sebahagian besar dari adik beradiknya kekal dalam dunia bisnes.
- Beliau tidak dibesarkan di dalam dunia ‘waktu pejabat’
- Shamsuddin Kadir hanya memulakan pelbagai bisnesnya dengan modal kurang dari RM 100. Kecuali satu bisnes yang dimulakan dengan modal lebih dari RM 100. Bisnes dengan modal RM 100 yang menghasilkan pendapatan lebih dari RM 45,000.
- Teknik yang dikongsikan adalah unik. Ianya adalah gaya bisnes yang diamalkan oleh ayahnya, mentor-mentor beliau dan juga idea baru yang dihasilkan oleh SK.
Yuran serendah ini mungkin yang terakhir, kerana kursus selepas ini akan diadakan di hotel dan kosnya menjadi lebih dari RM 300 seorang.
Bisnes antaranya bergantung kepada skrip, jika kita tidak dilahirkan dalam keluarga bisnes, kita tiada skrip bisnes dalam otak kita. Skrip dan kemahiran ini yang kita pelajari bagi mengelakkan duit hangus, di mana tangan kita terbakar. Ini banyak berlaku di mana ada seorang pekerja membuat pinjaman RM250,000 bagi memulakan bisnesnya sendiri, selepas 3 bulan beroperasi bisnesnya lingkup. Dunia orang bisnes adalah berbeza dengan dunia orang yang makan gaji.
BAHAYA, BAHAYA, BAHAYA, JANGAN MASUK DUNIA BISNES DENGAN BERGANTUNG KEPADA KEMAHIRAN SEBAGAI PEKERJA. DUIT YANG DILABUR AKAN HANGUS.
Apa yang kita ada adalah skrip persaingan, di mana bisnes hanya berjaya apabila kita menghancurkan persaingan ataupun menandingi produk orang lain. Skrip ini bukan sahaja berbahaya, ianya juga menyalahi ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Jika saudara ingin memulakan bisnes pertama saudara, jangan bakar duit perlaburan itu, jika jumlahnya lebih dari RM100.
Tawaran dengan harga istimewa akan berakhir pada 15 Ogos 2009. Satu dari alasan kenapa yuran kursus dibuat serendah RM 130, adalah bagi memberi ruang sebanyak-banyaknya kepada individu yang ingin mempelajari kemahiran yang wajib ada pada setiap usahawan.
Kenapa bisnes? Ianya membantu kita menghasilkan pahala yang lebih banyak. Jika kita hanya ada RM 100 berapa banyak derma yang kita boleh beri? Jumlah derma yang kita hulurkan menjadi besar apabila kita ada RM 10,000 ataupun RM100,000.
TEMPAT ADALAH TERHAD.
salam tuan sk.. saya ridhwan mohd yunus peserta kursus di kuthom parit raja batu pahat.. saya memohon bayak kemaafan kerana saya tidak menghantar borang komen peserta kepada tuan tempoh hari.. kerana saya belum adae aidea… ini disebabkan saya berasa puas la sesangat dengan ilmu yang diperolehi…
tuan,
ilmu yang tuan beri sangat belainan dengan ilmu-ilmu yang saya miliki ( mungkin saya masih kurang membaca atau kurang ilmu perniagaan) kerana saya memulakan mendalami ilmu perniagaan sejak 2003 dengan kursus yang dianjurkan oleh MECD , MARA,Tekun, Chefli , Saiful Sham, DR Azhar, edy rosmadi, azizan osman, pakdi ,dan kursus 2 berkaitan ilmu yang lain .. saya juga telah memulakan perniagaan daripada 2005 hingga sekarang… saya masih belum meperolehi apa yang saya impikan…
tuan,
saya berasa amat berbangga kerana allah memilih saya untuk mengikuti kursus tuan.. ape yang tuan sampaikan sangat menabjubkan saya.. seperti yang saya beritahu tadi.. ilmu yang tuan curahkan adalah berbeza daripada ilmu yang saya tahu… ilmu tuan sangat praktikal bagi seseorang yang ingin memulakan perniagaan . sangat releven.. tetapi ape yang penting ilmu tuan tidak lari daripada prinsip saya
tuan…
saya berikan 5 bintang untuk cara penampilan tuan… tuan sangat berketrampilan ( sangat segak )
saya juga beri 5 bintang untuk gaya penyampaian.. penyampaian yang tidak membosankan walau kena dudok dari pukul 8 sampai pukul 5.. rasa macam sekejap jeks ada gelak ketawa..
saya juga memberi bonus bagi akhlak tuan yang telah di tunjukkan … al hamdullilah.. akhlak tuan sangat baik pada kaca mata saya.. saya menilai dari sudut kerohanian ataupun roh.
saya juga memberi 5 bintang untuk ilmu2 yang diberikan.. ilmu kemahiran berniaga.. sangat praktikal dan tiada maksud tersembunyi.. ada sesetengah orang mempunyai agenda tersembunyi apabila membuat kursus.. ( saya yang merasakan begitu.. sebab macam pernah terkena kot ) tapi saya melihat tiada ape yang tuan mahukan selepas memberi kursus)
dari sudut harga… rm 150 adalah kursus yang sangat berbalaoi bagi nama-nama besar seperti tuan …
akhir sekali . kepada tuan sk.. saya doakan agar allah berikan tuan kebaikan yang mendadak dadak setiap pagi dan petang setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun hingga hari akhirat kelak amin..
Sudah mendaftar 🙂
Salam, saya juga telah membuat bayaran pendaftaran & telah menghantar email pengesahan bayaran kepada tuan. Terima kasih