Ketika ini di mana sahaja kita berada, skim-skim yang ‘membantu’ kita bertukar wajah mencari kita. Masjid-masjid menjadi antara tempat mereka memasarkan skim-skim menukarkan wajah. Teringat kisah Michael Jackson.
Ketika ini banyak individu dan kumpulan yang memasarkan skim-skim bagi menukarkan wajah ‘miskin’ kita kepada ‘wajah kaya’. Antaranya adalah dengan memamparkan isu-isu yang dapat mencuit emosi kita seperti berikut :
Bagaimana anda menyambut hari raya?
- Balik kampung dengan kancil
- Baju raya hanya sepasang
- Bagi duit raya cuma RM 1 seorang
- Kuih raya pun bukan yang ada kelas
Bagaimana jika anda diberi peluang menyambut hari raya tahun ini seperti berikut
- Balik kampung dengan BMW @ Mercedez Benz
- Baju raya sedozen untuk setiap isteri dan anak
- Bagi duit raya RM 5-10 setiap orang yang datang beraya
- Kuih raya yang bertaraf rumah Dato’-Dato’
Ini di antara skim-skim yang menanti dan mempengaruhi individu yang merasakan wajah mereka masih tidak elok.
Insyaa-Allah tips merayakan hari raya pada tahun ini akan dimasukkan dalam entri sebelum bulan puasa menjelma. Insyaa-Allah.
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
SY AMAT TERUJA DGN SK PUNYA CADANGAN.RAYA BKN BERMAKSUD ‘BERAYA’,BLK KG ALA-Ala CERIA TP BLK DERITA.TERUSKAN USAHA MURNI ANDA TUAN SK……SALAM RAMADHAN…..
Raya bukan bermaksud ‘bermegah-megah’ dengan apa yang kita ada. Raya adalah hari bagi kita memohon kemaafan, menikmati nikmat menyambut hari mulia dalam Islam. Menyambut hari raya dengan kereta besar, kereta baru, peralatan rumah baru, adalah bukan budaya kita. Hari Aidilfitri tidak sama dengan perkataan raya. Apabila ianya disama ertikan, itulah antara sebab kenapa kita berlomba-lomba untuk menunjuk-nunjuk.
Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya, bukan menerima sebanyak-banyaknya.