Assalamualaikum Encik Shamsuddin Kadir.
Pagi ini ketika saya dan isteri sibuk membeli belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman, tiba-tiba anak saya menjerit `ayah orang curi duit ibu‘. Rupanya ada seorang lelaki umur dalam lingkungan empat puluhan sedang membuka beg isteri saya dan bila mendengar anak saya menjerit lelaki tersebut memulangkan wang tersebut dan memohon maaf.
Disebabkan memohon maaf, saya tak jadi hendak marah lalu saya bertanya kepadanya “kenapa pakcik buat perkara terkutuk ini, pakcik tak ada kerja ke?”.
Beliau pun memberitahu beliau hanya bekerja sebagai pemandu, keadaannya amat terdesak sekarang ini. Sedih sungguh saya melihat pakcik tersebut, ialah kalau beliau ada ilmu kewangan dan ilmu agama, tentu tidak terlintas pun di fikirannya untuk buat kerja terkutuk itu.
Buku Tuan `Hidup Tenang Walaupun Berhutang‘ย Harus dan Elok dibaca oleh semua yang baru memulakan langkah ke era pekerjaan, supaya semua mempunyai kesedaran tentang bahayanya berhutang, dan agar semua mempunyai semangat untuk mungumpul dan menjana wang demi kesejahteraan hidup dan demi membantu ibu bapa agar tiada lagi ayah-ayah yang sanggup merompak dan mencuri dan tiada lagi kisah-kisah sedihย dalam Program Bersamamu di TV3.ย
Buku tersebut seperti panduan kepada kita sebab-sebab mengapa kita tidak digalakkan berhutang dan sebab-sebab mengapa kita perlu ada wang tabungan.
Saya dah semakin bersemangat untuk mendalami lagi ilmu kewangan, ilmu yang saya kurang ariff.
Muhammad Dasliย Bin Abdullah
——————————–
Waalaikummusalam, Saudara Muhammad Dasli,
Pertama-tamanya saya merakamkanย terima kasih kepada Saudara Muhammad Dasli di atasย maklumat yang bermanfaat itu, semoga ianya juga menjadi sebahagian daripada amalan baikย di bawa ke dunia abadi iaituย Akhirat.
Apabila hidup kita dalam keadaan terdesak, amanah yang diberikan oleh Allah, majikan, ibubapa… boleh tergugat akibat kesilapan ataupun kelemahan sebahagian daripada kita menguruskan dan mencelikkan kita dengan ilmu kewangan.
Saya bersetuju sangat dengan saudara Dasli, bahawa keperluan bagi menjaga amanah diri perlu ada ilmu agama dan ilmu kewangan supaya kita tidak dibebani dengan kisah seperti di atas.
Di sini saya juga ingin mencadangkan kepada saudara/i, jika sudi bagi mengembangkan ilmu-ilmu kewangan yang kita kongsikan bersama di halaman ini dengan memaklumkan kepada saudara mara, sahabat, jiran, rakan sekerja ataupun ‘stranger’ yang kita ucapkan salam di mana sahaja kita berada. Semoga usaha kita bagi meningkatkan ilmu yang ada pada orang lain itu di terima oleh Allah sebagai timbangan amalan yang membawa kita ke Syurga yang kekal abadi selama-lamanya.
Membina Dimensi Sebenar!
Salam Tuan Sham.
Bila baca kisah di atas, hati saya teramatlah sayu bila fikirkan nasib seorang yang sudah separuh umur terpaksa mencuri untuk menampung hidup.
Semoga kisah tersebut menjadi contoh agar saya belajar dan mendalami lagi ilmu agama dan ilmu kewangan.
Terima kasih Tuan.
Salam sejahtera Tuan Sham sekeluarga.
Semoga saya dan pembaca semua jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran dan dapat meniupkan lagi semangat semua pembaca untuk mendalami lagi ilmu kewangan.
Salam sejahtera Tuan Sham sekeluarga.
Semoga kisah tersebut dapat dijadikan satu pengajaran dan dapat meniupkan lagi semangat saya dan para pembaca sekelian agar semakin celik dalam ilmu kewangan.
Assalamualaikum Tuan Sham.
Memang betul tuan, jika cetek ilmu agama dan rabun dalam ilmu kewangan kisah sedih ini akan berlaku di kalangan umat Islam. Ambil iktibarlah dengan kisah tersebut.
Blog ini amat sesuai untuk kita belajar demi mencapai kepuasan dan kesenangan hidup. Banyak tip-tip yang Tuan Sham sampaikan dan banyak kisah-kisah benar dari para pembaca boleh dijadikan panduan.
Terima kasih Tuan Sham, terima kasih.
Assalamulaikum Tuan Shamsuddin.
Saya dah baca buku tuan `Makan Gaji Tapi Kaya’ yang dihadiahkan oleh sahabat saya semasa majlis perkahwinan saya. Best Gila…. buku tu. Idea macamana nak kaya cepat.
Elok semua anak-anak baca buku tu boleh cari kekayaan dan beri kesenangan kepada ibu-bapa, supaya tiada lagi kisah yang sedih seperti itu.
Hari ini hari pertama saya melayari blog ini. Dah sejam lebih membaca, macam-macam tip dan panduan yang saya dapat.
Terima kasih.
Salam Tuan Sham.
Jika tidak menguruskan perbelanjaan dengan betul, jika tiada wang tabungan/simpanan, kisah seperti inilah yang akan terjadi kepada masyarakat. Bukankah begitu Tuan Sham.
Semoga Pakcik tersebut insaf dan bertaubat. Sama-samalah kita berdoa untuk beliau.
Tuan, buku tuan yang keempat dalam list budget saya untuk bulan ini.
Salam Tuan Shamsuddin,
Saya baru beli buku `Hidup Tenang Walaupun Berhutang’, itupun setelah saya nonton motivasi pagi minggu lepas. Rupa-rupanya dah buku keempat Tuan menulisnya. Ketinggalan zaman betul saya.
Saya percaya jika amal panduan yang ada dalam buku ini, Insya-Allah perbuatan keji seperti mencuri, merompak dan sebagainya tidak akan terlintas pun di fikiran.
Salam Tuan Sham.
Sedih membaca artikel ini, masih ada bangsa kita yang hidup seperti itu.
Saya ingatkan kepada diri saya dan semua pembaca, belajarlah ilmu kewangan agar generasi yang seterusnya tidak akan jadi seperti kisah tersebut.
Buku-buku Tuan Sham banyak faedahnya. Bacalah dan uruskanlah pendapatan dengan sempurna.