Beberapa hari yang lalu, seorang dari tetamu SK berbicara dengan SK melalui Yahoo Mesengger (YM). Beliau bertanya berkenaan dengan perlaburan dalan emas ketul yang harganya RM 12,000 satu ketul. Setiap bulan dapat ‘pasif income’ sebanyak RM 300 sebulan yang dimasukkan ke dalam akaun.
Ramai orang disekeliling beliau bercerita tentang perlaburan terkini ini.
SK memberitahu beliau bahawa SK yakin dengan perlaburan itu, jika perlaburan itu dijayakan oleh bank Malaysia. Beliau memberitahu, bahawa perlaburan emas ketul ini dijayakan oleh sebuah bank, ‘Bank People’.
Setelah beberapa kali bertanya kepada beliau, baru SK ketahui, bahawa perlaburan emas ketul itu bukan di bawah skim bank. Ianya dijayakan oleh sebuah syarikat tetapi mengunakan akaun sebuah bank sebagai cara bagi membayar keuntungan bulanan. Ini mungkin menjadi satu dari tanggapan salah bahawa bisnes ini didukung oleh bank. Berhati-hati.
Beberapa minggu lalu, SK sempat membaca keratan di mana beberapa individu yang sudah tertipu dengan ketul emas dan emas Jongkong yang di dalamnya bukanlah jongkong emas yang tulen. Adakah kita ada kepakaran bagi menentukan sama ada emas ketul itu tulen atau sebaliknya?
Kebanyakan yang kena tipu adalah individu yang ‘makan gaji’ dan bukannya usahawan tulen. Kenapa ianya berlaku?
Sebahagian individu yang makan gaji, mengalami kesempitan hidup, bukan disebabkan gaji kecil, tetapi kehendak yang teramat besar. Di mana mereka menangung bebanan hutang kereta, rumah, skim ansuran mudah, pinjaman peribadi dan hutang kad kredit.
RM 300 sebulan dengan perlaburan sebanyak RM 12,000 adalah pulangan sebanyak 30% setahun secara kasarnya. Jauh lebih tinggi dari tawaran dividen dari bank dan majoriti perlaburan yang dibenarkan oleh Bank Negara.
‘Kursus Berhijrah Menjadi Usahawan, membantu juga peserta mengenalpasti juga perangkap perlaburan yang ada di dalam pasaran”
Shamsuddin Kadir
Emel: info@shamsuddinkadir.com
itulah ramai org melayu…untung nak melulu,nak kaya x de ilmu,bertanya/berbincang bukan dgn sifu,bercerita mengalahkn pahlawan melayu,akhirnya modal hangus untung belum tau….
Hmm. Saya sedang berfikir untuk menjadi ejen dinar emas. Saya jual, anda beli, simpan sendiri. Nak pergi haji nanti, jual balik 🙂