Skip to main content

Saudara dan Saudari yang saya muliakan,

Apabila kita kehabisan gas memasak, kita tidak tunggu jurujual datang menjual tong gas, kita terus menelefon kedai menjual gas ataupun terus ke kedai berhampiran membeli gas. Apabila beras habis, kita tidak menunggu sehingga jurujual datang bagi menjual beras, kita dengan segera akan dapatkan di kedai yang berhampiran dengan rumah kita.

Ini bermakna kita tidak akan menunggu sehingga ada jurujual datang bagi mendapatkan barangan keperluan. Iaitu barangan yang kita benar-benar perlukan.

Langkah terbaik bagi mengelakkan kita daripada menangung kos ‘tidak perlu’ dengan membeli barangan ataupun servis jurujual adalah dengan tidak ‘melayan kemahuan’ mereka.

Elakkan daripada menjawab lebih dari 15 saat panggilan telefon daripada jurujual, berkemungkinan besar saudara/i terpaksa membeli barangan yang saudara/i sebenarnya tidak memerlukan ataupun diluar bajet.

Elakkan daripada bersetuju menerima voucher percuma yang kebanyakannya adalah pintu bagi memastikan anda masuk ‘perangkap’. Itu hanya gula-gula bagi memastikan mereka memiliki dompet duit saudara/i.

Berhati-hati apabila saudara/i ditegur oleh orang yang tidak dikenali yang ingin memberikan ‘Mistery Gift’ dengan hanya mengores ataupun menjawab persoalan mereka. Kebanyakannya adalah ‘Perangkap’. Kajian terbaru yang saya buat adalah semalam, apabila ada seorang wanita menghampiri kereta saya, selepas beberapa saat saya memasukinya. Beliau menunjukkan melalui tingkap, saya menurunkan cermin tingkap dan apa lagi wanita ini memberikan sekeping kad yang di dalamnya ada hadiah percuma. Saya tahu trick yang dimainkan. Saya membukanya, tiba-tiba muncul seorang lelaki yang berkata ‘Waw Tuan telah menang hadiah misteri’ boleh ambil di ****.

Selepas melihat muslihat mereka, saya terus memberikan kata pemutus, bahawa saya perlu beredar sekarang kerana saya mahu ke Kerteh, Terengganu. Saya mengucapkan terima kasih dan terus beredar. Saya terpaksa melayan mereka, bagi mengetahui modus operandi mereka yang terkini bagi berkongsi dengan saudara/i.

Bagi mengurus kewangan dengan bijak, ‘jurujual’ memastikan saudara/i berbelanja di luar bajet.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

Leave a Reply