Skip to main content

Assalamualaikum Tuan SK,

 Saya adalah antara peminat buku- buku tulisan Tuan. Kebanyakkan buku2 Tuan sudah saya miliki. Saya ada beberapa masalah yang saya inginkan pendapat Tuan. Saya sudah berkahwin dan beranak 2. Hutang saya memang banyak iaitu personal loan, housing loan, car loan dan bil2 tetap.

Saya telah berjaya menutup beberapa kad kredit yg saya miliki termasuk semasa masih bujang 5 tahun dahulu. Suami saya turut menolong dlm hal hutang saya itu. Saya baru mula mahu menyimpan sedikit dari pendapatan kami. Saya memandu kereta kancil kepunyaan suami yg telah habis di bayar utk ke tempat kerja sejauh 50km sehala. Kami ada family car proton iswara 1.5 yg masih berbaki 4 tahun lg atas nama saya. Baru2 ni ada sebuah bank yg mempromosi untuk memberi pinjaman menyelesaikan hutang.

Suami bercadang supaya saya membuat pinjaman utk menutup hutang2 “kecil” kami dan menukar kereta iswara tersebut kepada kereta yg lebih ada value dr iswara seperti toyota. Suami tahu market kereta akan  rendah tetapi alasan beliau kereta yg ada value masih boleh dijual sekiranya salah seorang kami meninggal dunia. Saya pula amat berminat utk membeli rumah bg disewakan supaya kami dapat pasif income seperti yg Tuan ajarkan dlm buku2 Tuan.

Harap Tuan dapat memberi pendapat dan nasihat kepada kami. Terima kasih atas kesudian meluangkan masa Tuan yg pasti sibuk dgn jadual.

Puan AB (Bukan nama sebenar).
—————————–

Waalaikummusalam Puan AB,

Semoga Allah kurniakan kepada Puan sekeluarga dengan kebaikan yang datang mendadak dan dilindungi dari segala kejahatan yagn ada di dalam dunia ini. Amin.

Ada beberapa pilihan yang Puan ada bagi menyelesaikan situasi ‘tegang’ (pinjam bahasa indonesia) dalam fikiran itu, antaranya adalah :

  • Puan dan suami melawati Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengar dahulu cadangan mereka, mereka dapat mengurangkan kadar interest (keuntungan) yang dikenakan oleh bank. Selepas itu buat keputusan sama ada ingin mengunakan perkhidmatan mereka yang percuma itu ataupun tidak.
  • Puan boleh ambil satu pinjaman peribadi lagi yang mampu menjelaskan SEMUA hutang-hutang kad kredit, pinjaman peribadi sedia ada dan skim ansuran mudah jika ada
  • Tukar gaya hidup Puan sekeluarga sekali lagi, supaya ketegangan minda Puan sekeluarga bertambah kurang.

Pandangan SK berkenaan cadangan menjual kereta proton Iswara untuk membeli kereta yang lebih berjenama di sampaikan melalui tanda tanda di bawah.  

 

Selesaikan dahulu barah kewangan yang masih menegangkan jiwa kita sampai habis, baru kita memulakan langkah untuk meningkatkan gaya hidup yang lebih selesa. 

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply