Skip to main content

Bagaimanakah cara nak tukarkan pinjaman kad kredit kepada pinjaman biasa sebagaimana tuan nyatakan dalam syarahan motivasi pagi di TV3 dengan bank-bank tertentu?

Terima Kasih

H

…………………………………….

Saudara/i H boleh menghubungi pihak bank melalui nombor telefon seperti yang ada dibelakang kad dan memberitahu mereka bahawa saudara/i tidak mahu lagi mengunakan kad kredit itu, kerana sudah tidak mampu membayar walaupun bayaran ansuran minimun. Beritahu mereka satu-satu caranya yang anda mampu bayar adalah dengan menukarkan jumlah baki hutang kad kredit kepada pinjaman berjangka ‘term loan’. Beritahu mereka yang anda memerlukan tempoh pinjaman untuk …..tahun. Biasanya bank dengan mudah dapat meluluskan untuk 2 hingga 3 tahun, tetapi ada banyak yang menawarkan sehingga 5 tahun. Sebaiknya, ambil tempoh di mana jumlah ansuran bulanan adalah yang anda mampu bayar.

Pastikan, pastikan, pastikan, saudara/i tidak lagi mengunakan mana-mana kad kredit. Jika masih keras, berdegil untuk mengunakan, silakan.

One Comment

  • A says:

    Saya mempunyai masalah hutang kad kredit. Selepas menonton motivasi pagi di TV3, saya baru tersedar dan berazam untuk melunaskan hutang serta tidak gunakan kad kredit. Saya baru memohon pinjaman dari Bank Islam untuk membayar kad kredit di mana kadar faedah dan ansurannya jauh berbeza dengan apa saya bayar kad kredit setiap bulan. Semoga Allah permudahkan urusan saya untuk mebayar hutang, Insya Allah. Amin.

Leave a Reply