Semalam sewaktu berada di gerai SK bernombor 25 di Perpustakaan Negara, seorang wanita yang juga penulis datang ke gerai SK dan terus berkata “Awak ke yang membuat seminar menjadi kaya melalui internet?” Belum sempat SK menjawab, beliau menyambung lagi serangan itu dengan berkata “Yang buat banyak seminar internet di hotel-hotel yang cajnya adalah RM 700 – 800 ringgit?” Belum sempat untuk SK membuka mulut, beliau berkata lagi, “Anak saudara saya pergi ke seminar itu di hotel, habis lebih RM 700, keluar dari seminar itu tidak ada apapun yang bermanfaat yang beliau dapat” kata wanita itu lagi.
Apabila melihat saya masih tidak diberi peluang bagi menjawabnya, maka beliaupun diam. Sk berkata “Sehingga ini, saya tidak pernah mengadakan seminar internet bagi jadi kaya melaluinya” Itu bukan bidang saya. Saya tidak ada kena mengena dengan perlaburan, workshop ataupun seminar yang membantu individu jadi kaya ataupun jutawan melalui internet. ” Kata saya menutup bicara. Beliau terus beredar dari situ.
Beliau adalah salah seorang penulis yang menulis novel, mungkin disebabkan saya menulis buku-buku kewangan dan perlaburan dan juga menyedikan bengkel kewangan percuma, SK ‘dituduh’ tanpa usul periksa.
Di sini SK ingin memaklumkan, bahawa kami tidak pernah dan sehingga ke hari ini kami di www.shamsuddinkadir.com ataupun Ultra Mind Resources tidak pun pernah menyarankan ataupun mencadangkan kepada mana-mana individu untuk menyertai bengkel seperti berikut.
Sejak beberapa bulan ini, satu tindakan drastik telah di ambil oleh SK, di mana SK hanya melayari internet untuk melayari halaman-halaman sifu, update blog, halaman rakan dan mencari bahan untuk kajian sahaja. Facebook pun hanya sekali sekala, tidak lebih dari 5 minit sahaja setiap kali masuk secara purata. Itupun SK masih belum dapat melihat keuntungan (ilmu yang berbaloi) dengan melayari facebook.
Salam Tuan SK,
Kadangkala kita diuji dengan pelbagai dugaan dan tohmahan..
Tahniah Tuan, kerana berjaya mengawal situasi…dan sabar menghadapai tuduhan dan tohmahan.
Saya kagum dengan usaha Tuan menyampaikan ilmu kepada masyarakat tanpa pernah kenal erti jemu. Sudah menjadi lumrah apabila kita memberi buah orang lain melemparkan batu pada kita.
Namun begitu, saya berpandangan dalam kes di atas, Tuan kini semakin dikenali ramai dan menjadi perbualan masyarakat…
Hmm termasuklah dijadikan tempat melepas geram…TAK PATUT! Sabar ajelah…
Salam Tuan Thinkerich,
Terima kasih di atas peringatan dan sokongan.
Betul Tuan, apabila orang membaling batu pada kita (pokok buah mangga) apa yang kita balas adalah dengan buah mangga yang gugur akibat terkena batu yagn dilontar itu.
SK
La awat dia jadi lagu tu…gamaknya dia ada masalah peribadi kot.Hanya Allah saja yg tahu apa yg tersirat dlm hati dia.Apapun saya ucapkan syabas kpd SK kerana bersabar dlm situasi tersebut.Semoga SK tabah dlm menempuh ujian dan dugaan dlm menyampaikan ilmu kepada masyarakat.Insyaallah Allah akan bersama dgn org yg sabar.Amin
Salam Tuan SK,
Nyata ini satu dugaan buat tuan .. bersabarlah.
Yang baik tetap akan dibalas baik, teruskan usaha tuan menyedarkan kami tentang hidup.
menyedarkan kami dari terus melakukan kesilapan dan kelalaian.
Terima kasih.
Apa khabar Tuan SK, moga sihat selalu.
Sebagai seorang penulis, sepatutnya beliau mempunyai pemikiran yang tenang dan berkomunikasi dengan baik. Barulah dapat dikatakan penulis yang profesional. 🙂
Berkaitan dengan seminar jadi kaya melalui internet, sebenarnya apa yang saya perhatikan sejak saya melakukan bisnes melalui internet, berikut adalah beberapa kesimpulan saya:
1. Kebanyakan peserta hanya fikir duit dan tidak terlalu fokus kepada PROSES pembelajaran dan tindakan. Mereka mahu bantuan orang lain 100% tanpa usaha sendiri. Akhirnya bila gagal, maka disalahkan orang lain.
2. Pihak penganjur terlalu “menjual harapan” tanpa menunjukkan cara sebenar bagaimana melakukan perniagaan melalui internet.
3. Kebanyakan peserta biasanya terpengaruh dengan momokan bisnes di internet itu amat mudah dan boleh dapat hasil dengan cepat. Bisnes internet juga perlukan asas dan tapak yang kukuh seperti mana perniagaan biasa.
Saya sarankan penulis novel itu bertanya kepada anak saudaranya beberapa soalan dan salah satunya adalah selepas habis belajar di bengkel tersebut, apakah TINDAKAN yang telah dilakukan? Atau hanya tunggu duit jatuh dari langit? 🙂
ILMU tanpa TINDAKAN hanyalah sia-sia sahaja. Sebelum salahkan orang lain, kita periksa dahulu apakah salah kita kerana kalau orang lain bersalah pun, kadang-kadang kita pun ada salah juga.
Semoga SK terus berjaya dan saya sentiasa mendoakannya.