Emel di bawah yang saya terima, melalui info@shamsuddinkadir.com
Tuan, saya ingin tahu lebih lanjut bagaimana kita mengurus kewangan untuk menjadi kaya.
Terima Kasih
RK
………………………………
Terima kasih di atas pertanyaan di atas. Ianya adalah maklumat tambahan bagi artikel saya sebelum ini. Bagaimana kita boleh menjadi kaya dengan merancang kewangan? itu persoalannya. Semalam sewaktu membeli hadiah di sebuah pasaraya saya melihat seorang lelaki dewasa sedang beratur di kaunter , di satu tangannya ada sekotak tisu basah untuk bayi yang kurang berjenama dan di tangan yang kedua beliau memegang kad diskaun pasaraya tersebut. Hati saya terdetik, waw dengan membeli sebanyak itu lelaki ini masih ingin mendapatkan penjimatan? Saya bercadang untuk menemuduganya tetapi kerana kesuntukan masa, saya terus bergegas.
Rupa-rupanya isteri saya yang menunggu di dalam kereta turut terpegun melihat keletah seorang wanita yang hanya memakai baju kurung biasa, dan sedang memilih baju kurung yang di pamerkan di ruang kaki lima pasaraya itu. Harga baju kurung yang dipamerkan tidak lebih daripada RM40 sepasang. Selepas itu beliau masuk kembali ke ke dalam keretanya dan mengambil tempat duduk sebelah pemandu. Kereta yang wanita ini naiki adalah Honda Accord 2.4 bernilai RM171,800 yang terbaru di pasaran.
Apabila saya memasuki kereta saya, lelaki yang saya nampak di dalam pasaraya tadi turut memasuki keretanya yang terletak di sebelah kereta saya, beliau mengambil tempat duduk pemandu di dalam kereta yang sama di duduki oleh wanita tadi.
Saya percaya pasangan ini ‘Merancang Kewangannya’, mereka juga bijak Menanguh Kepuasaan. Sayang saya tidak sempat menemuduga mereka.
Apabila kita merancang kewangan kita sebenarnya meletakan had apa yang kita boleh belanja hari ini bagi memastikan kita dapat hidup senang mulai 5 tahun dari sekarang contohnya. Apabila kita membuat perancangan di mana kita memperincikan segala kos hidup, biasanya kita dapati kita mempunyai duit yang sedikit sangat. Kita dapati kita tidak dapat membina pulau yang bakal kita duduki 5 tahun daripada sekarang itu penuh dengan semak samun, tiada pembangunan langsung. Untuk membangunkan pulau kita itu, kita memerlukan duit. Ketika itu, timbul kesedaran di dalam hidup kita bagaimana duit-duit akan datang ke dalam akaun simpanan, akaun pelaburan bagi memastikan pulau impian kita itu dibagunkan seperti yang kita hendaki. Kart adalah nama pendek seorang pelawat setia blog ini yang sudah menjadi semakin ‘kaya’. Beliau bermula dengan mengikuti langkah yang ada di dalam buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’.
Jika saudara RK sudah berkeluarga, contoh cerita di atas memainkan peranan pertama, iaitu kita dan pasangan perlu mempratikkan konsep sama dalam memastikan impian kita menjadi. Mulakan kaedah di dalam buku itu dan teruskan dengan mendapatkan info-info kewangan diri.
Saya mendoakan saudara dan semua pelawat blog ini sentiasa diberikan kebaikan yang datang mendadak oleh Tuhan yang maha esa. Amin.
Membina Dimensi Sebenar!
Ye bro Sham, satu cerita simple yang memberikan contoh bahawa betapa perlunya menangguhkan sebahagian kepuasaan bagi mencapai kepuasan jangka panjang. Saya juga pernah baca komen Kart di blog ni.
Ya Saudara Apiz, itu sebahagian daripada cerita kecil tentang orang yang menanguhkan kepuasaan.
Saya percaya Apiz juga pernah bertemu dengan orang sedemikian. Boleh dikongsikan di sini.
1) Alamak! Minggu lepas saya siap tulis jadual bila masa-masa yang saudara akan muncul di ruangan “motivasi pagi” di tv3.
Saya dapati ianya amat berguna selepas mengikuti tajuk pertamanya sebelum ini. Pagi tadi, terlepas dan terlupa nak tengok pulak……Boleh ke beri sedikit sinopsis pesanan saudara pagi ini (10/8/2008) tadi?
2) Saya sudah beli 2 dari 3 buku saudara. Sedang study isikandungnya. 1 dah nak separuh, 1 lagi baru baca sikit-sikit sinopsisnya.
Saudara Neon,
Insyaa-Allah saya akan berikan sinopsis ‘Perangkap Kewangan’ seperti yang saya nyatakan dalam Motivasi Pagi semalam.
Assalamualaikum Tuan Sham.
Tuan Sham, bila membaca ayat ini `Kart adalah nama pendek seorang pelawat setia blog ini yang sudah menjadi semakin `kaya’’ saya tersenyum dan terkejut pun ada, rasa malu pun ada bila disebut kaya.
Saya tidak sekaya mana pun, tak kaya seperti Tuan Sham tapi saya amat bersyukur kerana saya dah terlepas dari sengsara hutang. Bila saya sudah tidak ada hutang lagi kecuali hutang rumah dan kereta, baru saya tahu wang saya sebenarnya banyak bakinya setiap bulan.
Sebelum saya membaca buku pertama Tuan Sham, saya betul-betul Rabun dalam Ilmu kewangan. Saya selalu rasa hidup saya tidak susah sangat, apa saya hendak saya boleh beli dan dapat, bodohnya saya ketika itu ikut nafsu boros saya. Setiap bulan saya terpaksa membayar hutang lebih seribu ringgit sebulan itu tidak termasuk hutang rumah dan kereta tapi hutang saya tak pernah berkurangan malah semakin bertambah. Hutang-hutang yang tak menentu tu terus membawa saya hanyut dalam kemiskinan yang dicipta oleh saya sendiri tanpa saya sedari. Lakaran papan tanda hutang kad kredit di kubur di dalam buku Tuan Sham itu betul-betul telah memberi satu tamparan yang paling hebat kepada saya untuk saya berubah, tambahan pula saya telah kehilangan seorang adik lelaki yang masih muda lagi. Saya mula berfikir adik saya yang masih muda pun mati, saya kakak apatah lagi, macamana dengan hutang-hutang saya nanti.
Saya mula insaf diri. Mula sekali saya cuba langsaikan hutang kad kredit yang mencecah hampir RM11,000.00. Saya bayar hampir RM2,000.00 sebulan dan untuk dapatkan duit sebanyak itu saya kurangkan semua perbelajaan harian saya kepada yang paling manimum kerana pendapatan bulanan saya hanya sederhana sahaja dan saya padamkan terus hobi saya yang gila shopping. Saya tidak lagi order jus atau minuman lain kecuali air suam itupun sebab air suam percuma dan tidak lagi memilih beranika jenis lauk kecuali hanya satu sahaja ketika makan di kafetaria ofis setiap hari dan saya tidak jejak kaki lagi ke Jaya Jusco yang menjadi tempat favourite saya untuk bershopping. Setiap malam saya berdoa ke Hadrat Allah agar membantu saya, dan nasib saya bertambah baik Boss saya arahkan saya buat kerja lebih masa pada hari sabtu dan ahad selama 6 bulan untuk siapkan kerja-kerja yang terdesak ketika itu. Bayangkanlah penat saya bekerja setiap hari tanpa bercuti tapi duit habis membayar hutang-hutang. Dan bermula dari situlah saya langsaikan kesemua hutang-hutang saya yang tak menentu itu, sampai terbayar lebih hutang kedua-dua kad kredit saya dan sekarang kad kredit pula yang hutang saya he…he…he
Sekarang setiap bulan saya tidak lagi berfikir tentang hutang, tapi setiap bulan saya akan buat kiraan perbelanjaan saya agar simpanan tetap tidak boleh terlepas langsung, saya akan pastikan ia semakin bertambah. Saya dah jejak kaki saya ke Jaya Jusco dan saya dah order minuman dan saya dah makan lauk-lauk kegemaran saya tapi saya tetap pastikan ia tidak melebihi dari kemampuan saya dan saya tidak boros lagi. Alhamdulillah, sekarang saya dah ada simpanan tetap yang tidak membimbangkan saya lagi. Saya bersyukur sekarang saya dah dapat rasa kesenangan dan ketenangan hidup. Para pembaca sekelian, saya sarankan kepada semua sebesar mana atau sekecil manapun pendapatan kita setiap bulan, kita mesti pastikan wang simpanan tetap kita ada pada setiap bulan. Sedikit-sedikit lama-lama ia semakin bertambah dan bertambah, jangan biarkan ia berkurangan. Dan beli barangan secara tunai jangan berhutang, jika duit belum cukup bermakna kita belum mampu sabar dulu, kumpul duit tu dulu. Tak rugi kita ikut panduan yang Tuan Sham ajarkan dan jangan lupa sentiasalah berdoa ke Hadrat Allah. Saya dah cuba dan terus mengikut panduan tersebut dan saya dah dapat rasa kepuasan dan kesenangan hidup sekarang ini. Alhamdulillah.
Beruntung sungguh saya bersahabat dengan Pakar Kewangan. Jutaan terima kasih Tuan Sham. Semoga Tuan Sham sentiasa memberi panduan dan tip-tip ilmu kewangan agar kita sama-sama dapat membantu sesama kita.
Waalaikummusalam Kart,
Terima kasih di atas kesudian berkongsi pengalaman.
Semoga ianya menjadi satu inspirasi kepada orang lain untuk turut senang dan puas.
Rasa memang bersemangat lepas baca komen Kart. Formulanya: Simpan + tangguhkan kepuasan= hati tenang dan puas
Salam Tuan Sham dan Saudara Apiz
Saudara Apiz, untuk menuju ke arah kekayaan dan kepuasan yang berpanjangan dan berterusan, wang simpanan pula perlu digandakan. Panduannya ada di dalam Buku Tuan Sham, Makan Gaji Tapi Kaya dan Kaya Dengan Rumah. Jom kita ikuti panduan-panduan tersebut. Saya dah dapat hasilnya.
Aduh…semangatnya kart dan apiz, saya pun jadi bersemangat. Ada lagi buku Tn Sham yang belum saya beli. Mesti beli hari ni jugak. he he
Saya pun tengah pening pening lalat memikirkan masalah kewangan saya yang tidak menentu yang berpunca dari sifat saya yang tak tahu mengurus wang ini.
Harap-harap saya juga boleh jadi seperti kart
Assalamualaikum Tuan Sham.
Pujian kepada Kart. Bukan senang untuk mendapat semangat yang begitu tinggi untuk kita mengubah diri kepada kebaikan.
Pujian kepada Tuan Sham kerana buku-buku tuan dan panduan-panduan yang tuan beri telah berjaya membantu orang ramai.
Semakin kart dan orang ramai berjaya dengan panduan yang diberikan oleh Tuan Sham, ganjaran yang Tuan Sham dapat …. MasyaALLAH. Tuan, teruskanlah perjuangan yang murni ini.
Assalamualaikum Tuan Shamsuddin.
Tuan Shamsuddin perlu diberi pujian, ilmu yang tuan tulis di dalam buku tuan dapat mengubah pembaca seperti Kart bebas dari berhutang.
Tahniah Tuan.
Salam kepada semua, terima kasih di atas pandangan yang diberikan, saya gembira melihat saudara/i mengunakan ruangan ini bagi meningkatkan lagi semangat untuk terus cemerlang dalam penguasaan ilmu kewangan.
Banyak juga yang saya pelajari daripada saudara/i semua.