Insyaa-Allah mulai 3 Ogos iaituย pukul 7 pagi ahad saya akan ke udara dalam Motivasi Pagi buat julung kalinya di TV3. Saudara/i dijemput dan dialu-alukan bagi memberikan maklum balas berkenaan dengan segmen Motivasi Kewangan. Insyaa-Allah jika program ini mendapatkan maklum balas yang baik, ianya akan diteruskan di masa hadapan. Mohon maaf jika bahasa yang digunakan itu ada yang membuatkan hatiย di antara penonton yang terguris. Tiada niat saya untukย menyakiti, tujuannya semata-mataย bagi memberi peringatan kepadaย kita semua.ย
Logo TV3 ini di salin dari halaman rakan trainer Tuan Fadzli Yusof. Beliau juga yang memberi sokonganย di atas kapasiti beliau sebagai setiausaha TAMRIN kepada Tuan Fasil (TV3).
Saya akan muncul dalam siri MOTIVASI PAGI TV3 seperti berikut:
1. 03/08/2008ย – Mengurus Hutang
2. 10/08/2008 – Mengurus Perbelanjaan
3. 23/08/2008 – Minat Menabung
4. 30/08/2008 – Merancang Sara Hari Tua
5. 19/10/2008 – Antara Keperluan & Kehendak
Gambar di atas dan sebahagian informasi di salin dari halaman SifuPTS.
Saya mengalu-alukan sebarang komen, sokongan, pandangan yang berkemungkinan besar saya akan ajukan kepada Tuan Penerbit TV3.
Tuan Shamsuddin,
Alhamdulillah, suatu permulaan yang baik!
salam hjSab2
Salam untuk saudara Din dan Keluarga,moga-moga dalam rahmat dan perlindungan Allah S.W.T selalu.
Saya teruja untuk untuk menonton motivasi pagi selepas dapat email awak (thanks).
Alhamdulillah ,suatu permulaan yang baik dan mengesankan untuk pendengar. Cuma pandangan saya kalau boleh jangan laju sangat dan kurangkan pengggunaan bahasa rojak (penggunaan ‘right’di akhir ayat) dalam penyampaian.
Salam dari sahabat lama…
Tuan Hj Sab2, terima kasih di sokongannya, masih belum selesa dengan sesi rakaman. Insyaa-Allah akan ditingkatkan.
Salam saudara Pokdee, terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Insyaa-Allah saya akan tingkatkan.
Lepas menonton sendiri, dapat lihat banyak kelemahan yang perlu ditingkatkan.
Assalamualaikum Sham.
Bagus motivasi tu. Dapat memberi kesedaran dan kesan yang mendalam kepada pendengar & penonton tentang kebaikan dan keburukan berhutang.
Keinsafan timbul dalam diri saya bila mendengar motivasi tu. Dah takut untuk memulakan lagi hutang yang tak menentu. Saya suka cara Sham menekankan beberapa kali hutang yang akan membawa kepada kemiskinan. Semoga keinsafan timbul kepada semua pendengar.
Tahniah Sham.
Tahniah Tuan Sham.
Motivasi seperti ini amat diperlukan oleh semua pendengar. Hutang topik yang sangat bagus.
Salam Tuan Sham,
Motivasi mengurus hutang memang saya nanti-nantikan selama ini. Terasa bertuah betul dapat menontonnya di pagi tersebut. Ia memang memberi kesan yang mendalam kepada para pendengar terutama saya.
Syabas Tuan Sham.
Salam Tuan Sham.
Motivasi seperti ini memang bagus untuk penonton semua. Masanya terlalu pendek sangat, kalaulah dipanjangkan sedikit masa tersebut lagi bagus. Lebih banyak lagi tips-tips dan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh Tuan Sham dapat dipelajari. Saya bersetuju, memang ia memberi kesan yang mendalam kepada pendengar, perasaan takut untuk berhutang timbul. Tahniah Tuan.