Skip to main content

Selasa, 8 Julai 2009, SK sempat berbicara dengan seorang pesara kerajaan yang sudah bersara sejak 11 tahun yang lalu ketika berusia 55 tahun.

Sepanjang hidupnya beliau telah menukar 4 kali buah kenderaan, semuanya disebabkan oleh masalah kereta dan bukannya kerana ingin menunjuk-nunjuk. Kereta terakhirnya adalah Proton Wira yang ketika ini digunakannya yang telah dibeli pada tahun 1995, beliau masih mengunakan sehingga ke hari ini.

Sewaktu berkahwin, isterinya juga ada memiliki kereta, beliau menasihati kepada isterinya agar menjualkannya kerana memiliki 2 buah kereta ibarat memiliki 2 buah periuk. Kosnya tinggi dan tiada keperluan. Beliau tinggal di Wangsa Melawati, isterinya berkerja di Hospital KL, tetapi beliau berkerja jauh di Subang.

Sejak memasuki dunia pencen, beliau merasa sungguh dan teramat tenang, kerana tiada lagi kesibukan untuk keluar pagi bersesak-sesak dengan jam dan juga bebas melakukan apa sahaja yang diinginkannya. Beliau tidak ada masalah kewangan seperti mana sebahagian kawan-kawannya yang terpaksa memaksakan diri bekerja lagi kerana sewaktu usia muda itu suka :

  • Mengunakan Kad Kredit
  • Menukar kereta baru
  • Membeli barang secara ansuran
  • Mengambil pinjaman peribadi

10 Julai 2009 nanti, beliau akan menukarkan sebuah kereta baru yang bakal dilancarkan pada tarikh tersebut oleh sebuah pengeluar kereta luar negara. Itupun kerana beliau bersetuju di atas permintaan anak-anaknya yang ingin kereta baru dengan model baru.

Beliau tidak memulakan bisnes selepas pencen, kerana tahu bahawa terdapat segelintir pihak yang sedang menanti duitnya. Boleh dikatakan hampir semua kawannya yang buat bisnes selepas pencen gulung tikar. Ada yang kena tipu RM 35,000.

Ada juga yang sedang dalam kes mahkamah kerana dituduh mengambil rasuah sewaktu dalam perkhidmatan. Beliau pernah menasihati kawannya jangan terlibat dengan perkara kotor itu.

Rasuah ini adalah ‘barang haram’ yang akan mendatangkan musibah kepada kita. Jika bukan kita kena, anak kita, kita tidak akan terlepas dari menangung bebanan musibah yang akan mengikuti dan memusnahkan hidup orang yang makan rasuah.

Saya melihat umurnya seperti sekitar 49 tahun, rupanya sudah mencecah 66 tahun. Beliau berkata sewaktu bekerja beliau suka menolong orang lain dan tidak pernah dengki dengan rakan sekerja atapun pekerja bawahan. Semalam masih ada rakan sekerja  di pejabat menelefonnya walaupun sudah 11 tahun bersara, mengajak beliau datang melawat rakan yang masih bekerja.

Orang yang mengurus kewangan dengan baik termasuk menjauhi rasuah, hidup mereka sentiasa tenang, wajah juga nampak muda dan tidak setakut orang yang makan rasuah dan ada hutang.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Author

Emel: info@shamsuddinkadir.com

2 Comments

  • Afandi says:

    Salam,

    Ya, berjimat ketika ada, sentiasa simpan minimum 10% daripada pendapatan bulanan, melabur dengan bijak dan paling penting pastikan sumber rezeki sentiasa halal adalah amat penting.
    Kalau terlibat dengan rasuah habis satu famili makan duit haram, memungkinkan akibat yang buruk sekeluarga, dunia dan akhirat

  • Salam Tuan Afandi,

    Betul, betul. Perlaburan bagi menjadi kaya adalah bukan duit yang kita miliki, tetapi hati yang paling bersih dan suci yang dijaga sepanjang hidup di dunia.

    Tiket ke syurga impian adalah mengunakan akaun impian (hati yang suci), akaun duit tidak di terima di dunia yang kekal abadi itu.

Leave a Reply