Skip to main content

Salam SK,

Saya telah pun menulis sebuah buku kewangan dan InsyaAllah akan diterbitkan pada bulan Julai 2009.

Memandangkan nama dan kredibiliti Tuan SK sebagai motivator dan penulis kewangan yang mulai dikenali dan diminati ramai, saya dengan rendah hati berrminat untuk mendapatkan komen dan testimonial daripada 
Tuan SK mengenai buku pertama saya bagi dimuatkan pada cover bagi  edisi dan cetakan kedua kelak!

Apakah Tuan SK sudi untuk memberikan testimonial atau ulasan ringkas  pada buku tulisan saya nanti?

Harap dapat maklumbalas daripada SK.

Wassalam,

www.Pemikirkaya.com

Khairulnahar Jamaluddin a.k.a THINKERICH
Perunding, Penulis, & Blogger

——————————

Waalaikummusalam Tuan,

Alhamdulilah dan tahniah, semoga buku kewangan tersebut menjadi satu lagi bacaan wajib bagi setiap individu yang ingin celik kewangan. Dengan izin Allah saya akan mewawarkannya di halaman ini nanti.

Maklumkan kepada saya apabila buku itu berada di pasaran. Saya akan dapatkan senaskah dan baca supaya saya dapat memberikan maklum balas yang bertepatan.

Saya sentiasa sudi memberikan testimoni ataupun ulasan ringkas bagi buku-buku yang memberi manfaat. Antara buku yang mendapat testimoni dari saya adalah “Didik Anak Jadi Usahawan”.

Saya hanya tidak memberi testimoni kepada buku-buku yang tidak bermanfaat ataupun melawan ajaran Allah.

Semoga buku itu menjadi satu lagi usaha yang baik bagi memandaikan kita semua. Amin.

Ya Allah kurniakanlah keberkatanMu ke atas setiap patah perkataan sama ada secara bertulis ataupun lisan yang ditulis ataupun dilafazkan oleh hambaMu yang hidup bagi memandaikan orang lain.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Awasi Wang Anda!Duit @ Money

Awasi Wang Anda!

shamsuddinkadirshamsuddinkadirJanuary 19, 2008

2 Comments

  • Thinkerich says:

    Salam Tuan SK,

    Terima kasih di atas kesudian tuan! Saya akan maklumkan kepada Tuan SK sebaik sahaja buku “Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang” dilancarkan di pasaran pada awal bulai Julai 2009 nanti.

    Semoga keikhlasan dan niat Tuan SK dalam memandaikan masyarakat diberkati dan dirahmati Allah s.w.t ..Amin!

    Salam kekayaan,

    Khairulnahar a.k.a Thinkerich

  • Salam Tuan,

    Hiduplah dengan memberi sebanyak-banyaknya dan bukannya menerima sebanyak-banyaknya.

    Insyaa-Allah hidup ini diabdikan bagi memberi sebanyak-banyak sewaktu di dunia.

    SK

Leave a Reply