Artikel asal ini pernah disiarkan sejak 11 Jun 2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan dan Puan yang amat saya muliakan.
Saya ada dihubungi oleh seorang pelajar yang belajar di Mesir yang berada di tahun akhir. Beliau ketika ini dalam kesempitan kerana tidak ada duit yang mencukupi bagi meneruskan kuliah di Universiti Al-Azhar.
Antara isi kandungan sepucuk surat yang diutuskan kepada SK selepas menghubungi melalui telefon adalah seperti berikut.
“Bagi makluman Encik, saya berasal dari keluarga yang susah. Ini kerana ayah saya telah lama pencen dan hanya mendapat beberapa ratus ringgit sahaja sebulan. Ini ditambah pula dengan adik beradi yagn berjumlah 10 orang yang mana seorang sahaja yang bekerja biasa dan 6 orang kesemuannya masih bersekolah. Oleh itu amat berat dan tidak mampu untuk ayah menanggung perbelanjaan kami semua. Saya disini selalu berhutang dengan kawan untuk membayar rumah sewa dan duit makan serta membeli kitab kuliah. Beberapa kali juga saya diperli kerana gagal membayar awal seperti orang lain. Tetapi Alhamdulilah kesabaran tetap utuh di hati.”
“Dengan ini, saya dengan segunung harapan ingin bantuan kewangan tulus ikhlas dari Encik Shamsuddin dan kawan-kawan Encik. Dengan ini saya sertakan beberapa dokumen bagi pengesahan. “
“Saya rasa setakat ini sahaja warkah saya, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Shamsuddin, semoga Allah SWT membalas bantuan Encik dan kawan-kawan dengan gandaan pahala, berkat dan rahmat hidup di dunia dan dikurniakan balasan Syurga di Akhirat kelak. amin“
Yang benar lagi mengharap
Mohamad Syauqi Kamaruddin
——————————
SK di sini rasa terpanggil dan amat memohon jasa baik Tuan dan Puan yang sudi, kalau tidak boleh banyak sedikit dalam RM 10 seorang sama ada bantuan hanya untuk sekali sahaja ataupun setiap bulan sehingga hujung tahun 2009 ini. Semoga bantuan kita ini menjadi amalan dan penyebab doa kita dimakbulkan oleh Allah dan dielakkan dari bebanan ujian yang kita tidak sanggup melaluinya. Semoga kita juga tergolong dalam kumpulan manusia yang sentiasa mensyukuri nikmat yang ketika ini ada pada ketika tetapi tiada pada insan lain.
Kepada Tuan dan Puan yang sudi membantu beliau boleh memasukkan ke akaun beliau seperti berikut:
BANK : HSBC 033049628011 MOHAMAD SYAUQI KAMARUDDIN beliau boleh dihubungi melalui +20112066865 ataupun emel qie_thanta@yahoo.com.my
Apabila beliau berjaya menamatkan pengajiannya, kita akan terus menerus mendapat kebaikan di atas setiap kebaikan yang beliau buat di atas hasil bantuan kita walaupun ketika itu kita sedang diperhitungkan di Taman Barzakh.
Assalamualaikum,
Saudara SK yang dihormati, semoga Allah SWT memberkati kita semua.
Teringin saya untuk berkongsi idea di dalam usaha membantu saudara pemuda kita yang sedang menuntut ilmu itu. Saya bersetuju dengan saudara SK jika setiap tetamu yang singgah di sini jika berkemampuan untuk menyumbang RM10 seorang kepada pelajar Mohamad syauqi ini.
Tetapi idea saya ialah, sekiranya ada di antara tetamu di sini yang berkemampuan untuk mengeluarkan zakat (zakat pendapatan, simpanan, pelaburan, emas dan apa sahaja)… apa salahnya disumbangkan terus kepada pelajar ini. Ini kerana biasanya sumbangan zakat ini lebih besar berbanding sumbangan RM10 tadi. Saya percaya ramai tetamu SK mempunyai bahagian untuk dizakatkan. Kepada pengeluar zakat, percayalah bahawa zakat membawa berkat yang mana rezeki anda adalah bersih dari syubahat dan harta anda tidak akan berkuranganpun disebabkan zakat ini malah akan ditambah lagi oleh Allah SWT.
Kepada Muhamad Syauqi, jika anda memprolehi sumbangan ini, utamakan untuk perkara-perkara yang penting dahulu, seperti buku-buku kuliah, sewa bilik, makan minum dan jangan lupa langsaikan hutang anda. Jika masih ada lebihan, simpan untuk perbelanjaan seterusnya dan jangan lupa untuk membantu pelajar-pelajar lain yang susah seperti anda. Saya tahu, ada ramai lagi pelajar yang senasib dengan anda.
Akhir sekali semoga Allah SWT memberkati segala usaha murni kita semua.
Wassalam
Salam Tuan Sham dan Saudara Mohamad Shauqi.
Staff saya dengan hati yang ikhlas telah membuat surat edaran kepada pegawai-pegawai di Jabatan saya untuk mengutip derma untuk Saudara Mohamad Shauqi. InsyaALLAH dalam masa terdekat ini kami akan menghulurkan bantuan kepada beliau.
Saya berdoa agar Saudara Mohamad Shauqi bersabar dan semoga ALLAH memberikan segala kemudahan kepada beliau untuk meneruskan pengajian.
Shahrin.
Alhamdulilah, semoga Allah memudahkan setiap individu yang mementingkan keperluan membantu orang yang di dalam kesusahan.
Sebenarnya Allah sedang menduga kita bagi melihat sejauh mana kita sanggup berusaha bagi membantu insan yang dalam kesusahan.
Assalamualaikum semua,
Insyallah akan saya usahakan juga untuk bantuan kepada Saudara Mohamad Shauqi. Semoga perjalan hidup beliau dalam mencari ilmu Allah akan bertambah mudah dan dapat pula berbakti kepada masyarakat di masa akan datang.
Wassalam.
Waalaikummusalam Tuan Hazali,
Semoga Allah melimpahkan keberkatan di atas usaha Tuan. Halaman ini dapat memaparkan setiap informasi juga di atas kemuliaan yang ada pada Tuan.
Terima kasih.
(Untuk makluman para pengunjung Tuan Hazali merupakan salah seorang dari sifu SK beliau juga yang menyediakan design website ini secara PERCUMA bagi memudahkan kita berkongsi maklumat)
Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..terlebih dahulu sy ingin mengucapkn jutaan terima kasih kepada Tuan Shamsuddin Kadir kerana sudi menolong sy yg didalam kesusahan dan kesempitan kewangan ini, tak lupa juga kepada kenalan beliau yg turut ingin menghulurkan bantuan kepada sy, semoga di berikan balasan pahala oleh Allah Taala..Sabda Nabi SAW didalam Hadithnya,”Apabila matinya seorang anak Adam terputusla segala Amalannya kecuali 3 perkara,iaitu Sedekah Jariah,anak yg selalu mendoakan kedua ibu bapanya dan ilmu ayg memberi manfaat denganya”.. semoga segala derma dan amalan tuan puan sekalian di balas oleh Allah Taala dengan ganjaran pahala yg berlipat kali ganda, dimurahkan rezeki, dan menjadi pemberat bagi mizan pahala tuan puan di akhirat kelak seterusnya mendapat tempat di Jannah Allah Taala nanti..aminn
how to make sure this is not someone just want to profit and not really student ?
just curious, please advice….
salam,,,respond to Rojas,,did you read the statement above showed by SK that wrote by the student ““Dengan ini, saya dengan segunung harapan ingin bantuan kewangan tulus ikhlas dari Encik Shamsuddin dan kawan-kawan Encik. Dengan ini saya sertakan beberapa dokumen bagi pengesahan. “
Secara logiknya sudah tentu SK sendiri telah meneliti dokumen2 pengesahan tu sebelum siarkan dalam web beliau.