Skip to main content

Apabila kita diberikan nikmat senang pada ketika ini, fahami secara sebenarnya nikmat senang itu. Apabila nikmat senang itu tidak dihargai, satu dari dua perkara berlaku kepada kita iaitu :

  • Kekal dalam kesenangan tetapi Allah (Tuhan bagi Muslim) menutup pintu hati kita, agar kita terus menerus kufur (derhaka) kepada Allah sepanjang hayat
  • Ataupun ditarik nikmat senang itu secara sekelip mata, sehingga menyesal kita tiada kesudahan.

Apabila kita diberikan gaji yang lebih hargainya dengan tidak melampaui batasan di mana kita memperuntukan sebahagian dari duit itu bagi membantu adik beradik kita yang kurang senang ataupun saudara mara, ataupun jiran kita yang sedang ditimpa musibah ataupun anak yatim, peminta sedekah yang sentiasa menunggu bantuan dari manusia yang mensyukuri nikmat senang yang Allah pinjamkan kepada kita.

Antara perkara yang biasanya tidak diambil kisah apabila kita menikmati nikmat duit gaji ataupun untung bisnes yang besar berbanding orang lain adalah seperti berikut:

  • Majlis pernikahan ahli keluarga ataupun diri sendiri dibuat dalam keadaan mewah, sedangkan ianya lebih baik jika diagihkan duit kemewahan itu kepada orang yang sedang mendoa dan menadah tangan memohon bantuan.
  • Membeli kereta yang ‘expensive’ dengan niat menunjuk-nunjuk lebih besar dari keperluan memilikinya
  • Membuat ubahsuaian rumah yang melepasi dari had keperluan ‘manusia normal’ yang dilihat melupakan bahawa nikmat kesenangan itu hanyalah satu pinjaman dari Allah.
  • Berbelanja barang-barang mewah tanpa menghiraukan masih ramai yang sedang dihimpit bebanan hutang dan kos sara hidup.

Tuan dan Puan yang SK muliakan, walaupun ketika ini kita merasakan kita tidaklah kaya, tetapi perhatikan apa yang anak kita terima adakah anak orang lain juga dapat merasainya?

Dunia ini adalah satu-satunya tempat ujian yang Allah sediakan bagi memilih calon penghuni Syurga dan calon penghuni Neraka. Tidak semua duit dan peluang yang kita ada bagi menikmati sepenuhnya nikmat Dunia, sebahagiannya adalah untuk kita memberi peluang kepada insan lain menikmati nikmat hidup.

Orang yang membantu orang lain, bukan sahaja mendapat pahala, tetapi sentiasa menjadi doa para malaikat kepada orang yang sentiasa membantu orang lain.

Jika tidak mampu memberi banyak, hulurkan seberapa yang kita mampu. Jika tidak mampu langsung angkat tangan menadah mendoakan kepada kesenangan untuk orang lain. Bantu membantu itu adalah sifat manusia yang bersyukur di atas pinjaman nikmat yang Allah berikan di Dunia yang penuh dengan ujian dan perangkap ini.

Leave a Reply