Skip to main content

Mengikut sebuah akhbar tempatan hari ini, Proton mula mengeluarkan kereta berkuasa gas asli (NGV) bagi semua modelnya mulai Oktober ini. Ini adalah satu langkah baik bagi memberikan kemudahan kepada individu yang sedang dalam perancangan untuk membeli kereta ataupun yang ingin mengantikan kereta lama.

Kos pemasangan tangki NGV menjadi lebih murah apabila ianya dipasang terus dari kilang Proton. Harga kereta yang dijual adalah termasuk dengan kos pemasangan NGV, ini sudah pasti meringankan bebanan pengguna baru kereta berkenaan.

Tahniah untuk proton, yang cepat mengambil tindakan bagi mengurangkan bebanan pemilik kenderaan baru berjenama Proton.

Saya juga menyeru kepada Proton agar turut menawarkan kos pemasangan murah kepada pemilik sedia ada bagi kenderaan Proton. Ini bagi menunjukkan Proton komited bukan sahaja bagi mengeluarkan kenderaan yang ekonomi dan juga memastikan servis selepas jualan adalah yang terbaik di Malaysia.

Saya juga menyeru pengeluar automobil lain supaya mengambil langkah yang sama.

Di sini saya ingin mengingatkan kepada para pembeli kereta baru yang dilengkapi dengan NGV. Harga semasa gas asli itu adalah jauh lebih murah daripada harga sebenar. Ini berlaku kerana kerajaan memberikan subsidi. Gunakan peluang yang masih ada bagi memilih kenderaan yang sesuai dengan kemampuan kita, walaupun jika selepas ini harga gas turut mengalami kenaikan.

“Sediakan Payung Sebelum Hujan” 

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

3 Comments

  • yusri says:

    Petronas juga perlu memastikan semua stesen minyak mereka di seluruh Malaysia dipasang dengan kelengkapan NGV.

    Langsung tiada NGV di Kelantan ni.

  • Mungkin pemilik stesen minyak Petronas di Kelantan boleh membuat permohonan kepada Petronas bagi membuat modifikasi ke atas stesen mereka bagi menyediakan gas di Kelantan.

  • Mohd Zamri says:

    Askum Tuan SK,

    Seperti perbincan kita sebelum ini, pengeluaran kereta NGV Proton bagi saya sedikit sebanyak memberikan impak kepada Petronas untuk menambahkan penggunaan gas asli kepada kereta2 di negara ini.
    Jelas sekali, Proton sedang berusaha untuk menjadi pelopor terhadap pengeluaran kereta NGV di negara ini.
    Rizab Natural gas masih banyak dan inilah cara untuk mengelakkan drp kesan kenaikan harga petrol yang memnungkin berlakunya kemelesetan ekonomi negara ini.

    Wsalam

Leave a Reply