Skip to main content

Syukur bicara yang bermula pada 11.30 pagi tadi dan berakhir pada 12.35 tengahari berjaya mencapai sasaran yang SK inginkan. Program ini diteruskan di atas keperluan beberapa tetamu yang ingin bertanya, ada antaranya adalah pelawat blog www.shamsuddinkadir.com yang turut bertanya dan sesi tersebut. Hampir pukul 1 program berakhir di pentas 1.

Program autograf bersama dengan pembeli buku diteruskan dan ada beberapa tetamu termasuk pelawat blog SK yang tinggal di Ipoh iaitu Puan Rahimah turut datang bagi mendapat autograf dan berbicara dengan SK. Beliau juga membawa anaknya bersama yang juga merupakan seorang usahawan Cilik di Politeknik Shah Alam, Selangor.

(Gambar pentas 1: Kelihatan petugas sedang menyiapkan pentas)

Terima kasih buku Kaya dengan Rumah dan Makan Gaji Tetapi Kaya sudah kehabisan stok sehari sebelum program dan Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang habis dalam masa tidak lebih dari 5 minit selepas program bicara itu tamat. Buku buat duit dengan Rumah juga, yang turut terjual dengan banyak juga sudah tidak kelihatan apabila saya pulang pada pukul 3.55 petang.

Saya juga bertemu dengan Tuan Muhammad Muzammil iaitu anak kepada seorang peserta saya dalam bengkel berhijrah menjadi Usahawan. Saya cukup gembira bertemu dengan seorang anak muda yang berusia 25 tahun tetapi sudah berjaya mendorong dirinya sendiri untuk turut serta dalam perbincangan bual bicara tersebut. Saya mendoakan agar beliau juga menjadi seorang yang jauh lebih berjaya dari apa yang beliau jangkakan.

Saya juga cukup terharu dan terima kasih kepada semua tetamu yang turut serta, saya tidak menjangka satu tepukan diberikan selepas sesi pertama selama 30 minit selesai. Bukan tepukan yang SK dahagakan, tetapi SK yakin isi bicara itu berjaya mencapai matlamat sebenar.

Terima kasih juga kepada Tuan dan Puan yang terlalu ramai untuk saya sebutkan nama di sini, tahniah kerana menjadikan Tuan dan Puan individu yang celik ilmu.

Kepada yang ada kelapangan, dengan izin Allah saya dijemput sekali lagi bagi menjayakan bicara di Alamanda, Putrajaya pada 28 Jun 2009 anjuran MPH sempena hari bapa.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

4 Comments

  • Azemi Ali says:

    Assalamualaikum.

    Semoga sahabatku Tuan SK dan keluarga sentiasa di rahmati Allah Taala.

    Tahniah! kerana tuan SK semakin berjaya dan semakin dikenali ramai. Semoga orang ramai yang membaca buku tuan atau mengikuti kursus tuan mendapat manfaat daripadanya. Semoga tuan terus berjaya.Amin.

    Maaf jika ada keterlanjuran dari pihak saya. Terima kasih.

    Salam ukhwah

    p/s – Laman ini lebih menarik jika setiap post disertakan gambar aktiviti tuan.

  • Rahimah says:

    Assalamualaikum Tuan SK,

    Syukur kehadrat Allah kerana akhirnya saya berjaya berjumpa Tuan dan mendapat buku Hidup Tenang walaupun Berhutang yang merupakan ‘last stok’ yang terdapat di booth PTS di Mines pada hari tersebut. Ramai yang kecewa kerana tidak dapat membeli dan ada di antaranya yang datang dari Kelantan. Alhamdulillah, saya telahpun habis membacanya dan saya benar-benar teruja dan tersentuh kerana banyak benar pengajaran yang boleh kita semua praktikkan melalui buku yang rasa saya tak ternilai harganya. Syabas dan tahniah buat Tuan kerana menyampaikan ilmu kewangan yang sepatutnya di war-warkan kepada semua rakyat Malaysia terutamanya warga kampus yang bakal berada di alam pekerjaan agar berhati-hati memulakan kehidupan agar tidak terjebak dengan ‘wang plastik’.

    Saya pernah mengikuti kursus kewangan oleh NMG Financial Consultant yang beribupejabat di IMC Building(sebelah Concorde Hotel). Saya difahamkan syarikat menngeluarkan belanja sebanyak RM16000 seorang untuk kursus tersebut dan apa yang saya ingin kongsikan disini adalah menyeru setiap seorang dari kita membeli buku ‘Hidup tenang Walaupun berhutang’ ini kerana apa yang saya pelajari dari trainer dari UK dan Canada itu semuanya terkandung didalam buku yang hanya berharga rm20-00 ini. Saya rasa bersalah dalam diri kerana mendapat diskaun 30% pula untuk buku ini sedangkan ilmu yang begitu berharga tak setimpal dengan bayaran yang dikeluarkan. Hanya doa saya panjatkan kehadrat Ilahi agar memberi kesihatan kepada Tuan SK untuk terus berkongsi ilmu dan segala ilmu yang dimanafaatkan mendapat ganjaran setimpal dari Yang Esa.

    Wasalam

    Rahimah, Ipoh.

  • Muzammil says:

    Salam Tuan SK,

    It was really really nice to finally meet you. Akhirnya saya dapat juga berjumpa dengan Tuan SK setelah sekian lama mengikuti laman blog Tuan SK. Saya sangat tertarik dengan pengalaman yang baru sahaja saya pelajari semasa dan selepas bual bicara Tuan SK. Antaranya ialah mengenai kepentingan aspek ketampanan sosial yang secara jelas boleh meningkatkan kualiti diri kita daripada aspek perlakuan mahupun daripada aspek perkataan ataupun bahasa yang digunakan.

    Terima kasih kepada Tuan SK kerana masih tekun untuk menyampaikan ilmu-ilmu berkaitan kewangan kepada orang ramai yang secara puratanya masih dahagakan pengetahuan dan tips-tips yang diberikan.

    Sedikit perkongsian kepada pembaca blog Tuan SK yang dimuliakan, adalah rugi jika kita tidak mengamalkan ilmu-ilmu yang telah dikongsi oleh Tuan SK yang boleh diperolehi daripada beberapa siri buku yang ditulis oleh Tuan SK mahupun melalui sesi bual bicara yang telah dikendalikan. Seharusnya, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk memanfaatkan ilmu yang dikongsikan untuk kebaikan diri kita sendiri dan tidak pula berharap kepada orang lain untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

    “The best way to predict your future is to create it”

    Very pleased to have you as a mentor. Looking forward to meeting you again.

    Salam,
    Muzammil

  • Waalaikummusalam Tuan Azemi,

    Terima kasih di atas cadangan Tuan itu, saya amat menghargainya. Dengan izin Allah akan dimasukkan gambar aktiviti saya bersama dengan entri yang berkenaan.

Leave a Reply