Maaf, sejak dari hari Isnin sehingga hari selasa (24 Jun) saya bersama dengan krew TV3 bagi menjayakan beberapa episod untuk Motivasi Pagi di TV3. Ini adalah di atas jemputan yang dibuat oleh Tuan Mohd Fasil Penerbit Kanan TV3.
Banyak konsep yang saya pelajari daripada Tuan Mohd Fasil. Pertama kali bercakap di hadapan kamera, banyak juga kesilapan yang saya lakukan. Insyaa-Allah saya akan memperbaikinya lagi dari masa ke semasa.Di jemput tuan dan puan bagi memberikan pandangan apabila ianya ditayangkan di skrin TV3 nanti, Insyaa-Allah.
Hanya 4 episod yang berjaya dirakamkan. Insyaa-Allah selepas melalui proses suntingan ianya dapat disiarkan di dalam segmen Motivasi Pagi TV3. Terima kasih sekali lagi kepada Tuan Mohd Fasil dan krew TV3 yang terlibat.
Insyaa-Allah, gambar sepanjang proses rakaman akan dimuatkan di dalam entri ini.
Membina Dimensi Sebenar!
Tahniah untuk Sdr Shamsuddunkadir. kebetulan ada cerita sama. Pada 20 Jun baru ni saya ‘on air’ di Radio24 (Bernama Radio) bagi menceritakan pengalaman semasa di sempena Program Khidmat Masyarakat pelajar USIM ke Kemboja.
Pertama kali ‘on air’ melalui telefon terasa gugup. Kadang-kadang soalan yang diajukan hilang secara tiba2. Apa lagi..’goreng’ yang patut…Sekiranya ada komen dan cadangan silalah ke blog saya seperti yang tertera. Sekian.
Terima kasih Saudara Lukman, semakin banyak pratik yang kita lakukan semakin sempurna hasilnya, Insyaa-Allah.
Terima kasih di atas pandangan saudara.