Informasi di bawah disalin dari diskusi kuliah artikel bertajuk ‘Hutang Ohh Hutang’ yang disiarkan pada 6 Jun 2009.
Salam Tuan Sham.
Hari ini hampir 10 kali saya melayari Blog SK. Rasanya macam tak sabar menanti pandangan dari Tuan Sham berkaitan dengan masalah Saudara ZI di atas. Semoga pandangan yang tuan berikan dapat meringankan beban yang ditanggung olehpenghutang-penghutang semua. Saya sendiri pun berhutang tetapi masih terkawal lagi.
Saya doakan agar ALLAH meringankan kesulitan-kesulitan yang ditimbulkan oleh hutang yang ditanggung oleh Saudara ZI.
Shahrin.
——————————–
Waalaikummusalam Tuan Shahrin,
Semoga Allah mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin
Tuan seorang yang berhati mulia kerana sudi mendoakan untuk orang lain dan Tuan juga memiliki ciri yang ada pada seorang pemimpin iaitu ‘ketampanan sosial’. Jika Tuan baca buku seorang dari Sifu saya berkenaan dengan kepimpinan Tuan akan temui apa ciri yang dimaksudkan dengan ketampanan sosial. Ciri itu membuatkan orang suka menjadi pengikut kita, secara zahirnya Tuan menjadi pemimpin.
SK juga terpanggil untuk menyegerakan memberi pandangan berkenaan dengan situasi yang dihadapi oleh Tuan ZI apabila sokongan yang ditunjukkan oleh Tuan dan tetamu lain. Terima kasih. Semoga semakin ramai individu yang celik dengan kewangan dan semoga lebih banyak ilmu baik disebarkan supaya ianya menjadi satu dari perlaburan yang sentiasa untung apabila kita sudah dihantar ke liang lahad. Amin.
Shamsuddin Kadir (SK)
Emel: info@shamsuddinkadir.com