Assalamualaikum, Sdr Shamsuddin
Saya telah membeli buku saudara dan merasakan ianya amat membantu dalam merancang kewangan keluarga saya.
Saya cuma ada satu soalan sekiranya boleh saudara membantu.
Saya telah terpaksa mengeluarkan wang dari KWSP akaun 1 saya bagi menjelaskan bayaran bulanan yang tertunggak sebuah apartment saya yang telah lama ditinggal kosong. Saya memang bercadang untuk menjual apartment saya malangnya sehingga kini tiada buyer. Akibatnya saya telah tidak mampu untuk meneruskan pembayarannya. Lantas saya telah mengambil jalan untuk mengeluarkan wang KWSP saya.
Soalan saya.
1. Adakah patut saya mengeluarkan wang KWSP saya secukupnya untuk membayar tunggakan saya sahaja dan berharap akan ada pembeli untuk membeli apt saya?
2. Bank telah menasihati saya supaya saya mengeluarkan semua simpanan saya dan membayar sebanyak mungkin agar interest yang dikenakan kurang dan baki yang terpaksa dibayar kurang?
saya harap info yang diberi cukup untuk saudara membantu saya.
Terima kasih
Puan BH
Jawapan SK :
Waalaikummusalam Puan,
Terima kasih di atas pertanyaan di atas.
Saya memerlukan maklumat tentang lokasi di mana apartmen Puan itu berada, di tingkat berapa dan maklumat penting lain.
Adakah apartmen di situ banyak dihuni ataupun banyak yang kosong?
Insyaa-Allah saya akan jawab nanti.
Puan juga boleh melawat saya punya blog di www.shamsuddinkadir.com
Sekian terima kasih
Jawapan dari Puan BH:
Assalamualaikum,
Apartmen itu di Seri Aman Puri Kepong. Memang tidak dapat dinafikan sekitar apartmen saya telah banyak apt-apt yang lain, tetapi apt saya mempunyai track record yang baik dari segi keselamatan dan luas kaki perseginya adalah 1030 ‘persegi dan maintenance cukup baik.
Kedudukannya yang paling atas bersebelahan bukit FRIM begitu nyaman. Jika di beri pilihan dengan condo yang saya diami sekarang memang jauh lebih selesa di apt itu, tetapi memandangkan kemudahan sekolah dan sokongan sosial (maksud saya berdekatan dengan ibubapa saya) lebih baik di Ampang ini. Saya ingin menjual sahaja apartment tersebut kerana tidak mampu untuk menampung 2 hartanah at the same time.
Ianya di tingkat satu, saya tidak rasa di apt itu banyak yang kosong. Saya faham sekiranya saya ingin menjual apartmen itu saya mungkin terpaksa membaik pulih beberapa keaadaan di rumah itu memandangkan ianya telah lama ditinggalkan.
Terima kasih
Puan BH
Jawapan SK:
Pertama-tamanya tahniah kepada Puan, kerana mendahului ibubapa daripada kenikmatan tinggal di apartmen yang lebih nyaman. Semoga Allah memberikan pembalasan baik kepada Puan di atas keperihatinan kepada ibubapa.
Pada pandangan saya, daripada Puan meninggalkan rumah itu tidak berpenghuni lebih baik Puan memikirkan sama ada untuk menyewakan ataupun menjualkannya. Jika nilai sewa bulanan bagi apartmen itu tidak dapat menangung ansuran bulanan kepada bank, lebih baik dijualkan apartmen itu. Sebaliknya, jika sewanya dapat menangung kos bulanan ansuran dan penyelenggaraan apartmen tersebut, lebih baik Puan membatalkan hasrat untuk menjualkannya. Puan juga boleh mengunakan khidmat agen hartanah bertauliah bagi mendapatkan penyewa bagi rumah tersebut.
Jika puan berniat untuk menjualkannya tetapi masih belum mendapatkan pelanggan, cuba guna khidmat agen hartanah. Ya mereka mengenakan caj sebanyak 2 -3 % di atas harga jualan, tetapi ianya berpatutan dengan servis yang mereka berikan. Iaitu mendapatkan pembeli bagi apartmen tersebut.
Sekian, terima kasih.
Dapatkan buku saya “Buat Duit Dengan Rumah” sedikit masa lagi di pasaran bagi memahami konsep jual atau sewa.
Membina Dimensi Sebenar!