Skip to main content

Salam Tuan SK,

Laman ini makin lama makin bagus. Syukur. Saya harap tuan meneruskan usaha mendidik khalayak ramai. Satu cara ialah muncul lebih kerap di TV, dan lebih bagus jika ada slot sendiri seperti Azizi Ali di TV3.

Ini kerana ada golongan masyrakat kita yang tak berminat layari blog seperti ini, tapi mereka menonton apa saja di TV. Kita perlukan banyak rancangan TV berkualiti, bukan yang terpekik lolong sahaja yang makin banyak di hampir semua TV.

Ibrahim

———————————

Waalaikummusal Tuan Ibrahim,

Semoga Allah memberi kekuatan kepada Tuan bagi meneruskan segala usaha dan amal baik yang Tuan sedang usahakan.

Tuan, terima kasih di atas sokongan dan cadangan Tuan itu. SK dan tim www.ShamsuddinKadir.com amat menghargainya. Ketika ini kami sedang memikirkan tentang tema rancangan talk show yang bakal dicadangkan kepada sebuah stesyen TV berkenaan dengan kewangan. Emelkan kepada kami jika Tuan ada idea tentang konsep yang memenuhi keperluan penonton.

Antara satu cara yang Tuan dan Puan turut boleh membantu bagi memastikan lebih kerap SK muncul di TV bagi membicara isu kewangan adalah dengan menghantar kepada emel penerbit rancangan seperti MHI, Nasi Lemak Kopi O, Astro Awani, Astro Oasis, Selamat Pagi Malaysia, bagi mencadangkan slot bicara kewangan bersama dengan SK. Cadangan dari Tuan dan Puan itu lebih diutamakan bagi ditimbangkan kerana ianya adalah permintaan para penonton.

Jika Tuan dan Puan juga ada kenalan di bahagian media cetak seperti suratkhabar, majalah, radio dan ingin mencadangkan SK juga menjadi satu usaha bersama bagi memandaikan masyarakat kita.

Sekali lagi SK merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Ibrahim di atas usaha dan langkah yang diambil oleh Tuan bagi menyokong  halaman www.ShamsuddinKadir.com semoga kita secara bersama berjaya.

Leave a Reply