Skip to main content

Segala puji untuk Allah, di atas berita baik yang diterima dari perbincangan ringkas dengan beberapa peserta yang mengikuti kursus Dimensi Diri pada 5 – 7 Mei 2009 yang lalu.

Peserta yang SK temui telah mempratikan kemahiran yang dipelajari dan menyakini bahawa kemahiran itu membantu mereka menjadi lebih hebat terutama dalam perbelanjaan. Ini sudah pasti menurunkan bebanan stres mereka dari mada ke semasa, sehingga tiada lagi hutang yang tidak perlu ditanggung.

Satu lagi sasaran yang ingin dicapai adalah membudayakan budaya membaca dan mencari ilmu dan pengalaman dengan membaca buku. Kesannya dapat dilihat apabila, semakin ramai peserta  yang turut menyakini keperluan membaca buku.

Tidak dilupakan kepada Puan Zaini Hashim (Apa lagi SK ingin capai?) beliau antara kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri Cawangan Melaka yang memiliki kejelitaan sosial iaitu pandai berkomunikasi sebagai satu dari ramuannya.

Terima kasih juga kepada Puan Wee yang cukup komited, rajin dan ringgan tulang sehingga membantu kakitangannya yang menempah buku dari SK. Terima kasih PUan Wee, yang merupakan salah seorang dari urusetia yang rajin bekerja. Terima kasih.

Terima kasih kepada Puan Hamedah Mahmud yang turut membeli satu set buku ilmiah tulisan SK bagi kegunaan pejabat LHDN cawangan Melaka.

Semoga peserta dan orang yang berada disekeliling mereka juga mendapat imbuhan ilmu yang bermanfaat apabila menjadi penagih buku yang berguna.

Sehingga kini, kedaibukusk.com belum ada wakil pengedar buku-buku inspirasi di Melaka. Semoga dengan pertambahan bilangan penagih buku-buku berinspirasi akan tambil sekurang-kurangnya seorang individu yang menjadi pengedar.

2 Comments

  • pembaca buku sk says:

    Salam Tuan Shamsuddin,

    Bagaimana untuk saya menanam minat untuk berniaga? Kesemua buku Tuan saya dah baca berkali-kali. Saya tiada pengalaman langsung didalam bidang perniagaan dan saya terlalu bermurah hati. Bukan tujuan untuk memuji diri tetapi itu adalah sifat saya yang tak dapat saya buang. Contohnya saya bertugas sebagai kakitangan awam dan selalu bertugas di luar. Jika saya bertugas di Sabah, Sarawak, Kelantan, Terengganu atau di Langkawi kawan-kawan akan mengirim barang dari sana. Saya akan menunaikan hajat mereka tetapi bila balik saya akan beri secara percuma dan jika barang kiriman agak mahal saya akan minta mereka bayar kurang dari bayaran tersebut kerana saya tidak sampai hati hendak meminta dengan harga yang mahal.

    Tetapi saya tetap bersyukur setelah membaca buku Tuan yang pertama, saya telah berubah 100% dari segi perbelanjaan saya dan tiada lagi hutang di dalam hidup saya pada hari ini kecuali hutang rumah. Memang betul tuan, tanpa berhutang kewangan kita lebih bertambah lumayan. Dulu saya suka melihat orang berbelanja menggunakan kad kredit, bagi saya orang itu high class tetapi sekarang jika saya melihat orang berbelanja menggunakan kad kredit saya kasihankan mereka dan saya berdoa agar ALLAH melindungi mereka dari kesulitan-kesulitan berhutang.

    Tips-tips yang Tuan berikan banyak yang saya amalkan seperti Doa Kecergasan (Riwayat Abu Dawud) seperti didalam buku pertama Tuan, Solat Dhuha dan tips-tips lain. Satu lagi tips yang saya belajar oleh seorang Ustazah iaitu sentiasa berdoa untuk orang yang memberi kebaikan kepada kita (dengan menyebut nama beliau) dan kita hormati orang tersebut, Insyaalah ALLAH akan memberikan kebaikan yang mendadak kepada kita. Alhamdulillah saya selalu merasainya.

    Terima kasih Tuan, setelah membaca buku-buku Tuan kewangan saya telah berubah, tidak berkurangan tetapi semakin hari semakin bertambah dan bertambah.

    Tuan, tolong beri sedikit tips macamana nak mengubah diri saya agar ada minat untuk berniaga. Buat masa sekarang saya tidak dapat mengikuti kursus-kursus yang Tuan anjurkan. Mungkin satu hari nanti jika diizinkan ALLAH. Saya amat-amat berharap Tuan dapat beri sedikit tips kepada saya.

Leave a Reply