Skip to main content

Pada hari Rabu yang lalu saya ingin membeliย  sejenis ubat yang telah habis dalam stok di rumah. Setiap sepapan tablet mengandungi 20 biji ubat. Saya bercadang untuk membeli 2 papan ubat tersebut. Saya pernah ke kedai farmasi yang dimiliki seorang muslim bagi membeli ubat tersebut, tetapi kedai tersebut tidak menjualnya. Saya menyarannya untuk mendapatkan ubat itu, sebab saya akan menjadi pelanggannya pada setiap masa. Pelayan pada ketika itu berkata “Kami hanya menjual ubat dari jenis yang satu lagi”. Saya berkata bahawa saya hanya berminat dengan ubat yang berjenama ‘XYZ’ sahaja. Penjual itu hanya mengelengkan kepalanya. Saya terus beredar.

Mulai dari saat itu saya pergi ke farmasi lain bagi mendapatkan ubat yang berjenama XYZ. Selang beberapa bulan saya pergi lagi ke farmasi muslim itu, tetapi mereka masih tidak menjualkannya. Oleh itu, saya terus mendapatkan bekalan daripada farmasi yang berdekatan sehingga kelmarin. Pada petang Rabu yang lalu, saya pergi kembali ke farmasi Muslim dan saya menanyakan tentang ubat tersebut. Alangkah gembiranya saya apabila mereka sudah mula menjualkannya. Saya bertanyakan harga bagi sepapan, mereka memberitahu RM 6.90, waw, mahalnya di dalam hati saya. Jika sebelum ini saya membelinya dengan harga RM 5.40 untuk sepapan dan bagi 2 papan hanya RM 10.80.

Saya memberitahunya saya memerlukan dua papan dan berharap harganya dapat dikurangkan (diskaun). Pelayan farmasi muslim itu melihat saya dengan muka yang terkejut (kerana meminta diskaun) lalu menawarkan pada harga RM6.50. Saya membayarnya RM13 untuk dua papan ubat XYZ.

Jika dahulu saya membayar RM 10.80 untukย 2 papan ubat XYZ, kini saya membayar RM 13.00 untuk dua papan ubat XYZ yang sama, yang membezakan hanya dari farmasi yang berbeza. Hati saya merasa puas dan tenang, walaupun saya terpaksa membayar ekstra RM 2.20, kerana saya dapat membantu saudara muslim lain mengusahakan bisnes farmasi. Ini adalah langkah pertama saya dalam membantu farmasi muslim itu.

Persoalan di sini : Ramai yang bertanya saya apakah rasionalnya, jika hanya kita seorang yang menyokong rangkaian bisnes muslim? Jawapan saya : Ketika Nabi Ibrahim a.s sedang dibakar, burung pipit berulang alik membawa air di paruhnya bagi membantu memadamkan api yang sedang membakar Nabi Ibrahim. Apabila burung yang lebih besar berkata bahawa usahanya itu adalah sia-sia, kerana dengan air sedikit itu tidak mampu memadamkan api yang besar itu, burung pipit itu berkata “Ini adalah usaha yangย yang aku mampu lakukan”

Allah tidak memberi pahala berdasarkan hasil yang kita kecapi, tetapi Allah memberikan pembalasan baik berdasarkan apa yang kita usahakan, walaupun usaha itu gagal mencapai matlamat yang kita inginkan.

Insyaa-Allah saya akanย  menyampaikan Tazkirah Kewangan pada setiap pagi Ahad (kuliah subuh) minggu ketiga di Masjid TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

www.shamsuddinkadir.com

Membina Dimensi Sebenar!

8 Comments

  • sab2 says:

    Tuan Shamsuddin,
    assalamu’laikum.

    Sesungguhnya, dalam membina dimensi sebenar tidak kira dalam apa jua perjuangannya; asasnya adalah bermula dari dimensi yang mudah, murah, indah dan teserlah!

    …di mana berkesempatan.

  • SifuPTS says:

    Bagi setiap 1 unit kebaikan yang kita buat, dibalas antara 10 hingga 700 kali lipat banyaknya.

    2.20 X 700 = ?

    Saya berdoa Tuan mendapat undangan ceramah 1 jam, di mana yuran yang tuan terima adalah sebanyak itu ataupun lebih. Amin. Amin.

  • Saya turut mengaminkan doa Sifu.

  • Waalaikumusalam Tuan Sab2,

    Saya bersetuju dengan pandangan Tuan, ianya tidak semestinya mahal bagi membina satu dimensi diri yang ideal.

    Di mana ada kesempatan, disitulah kita mengunakan keupayaan yang Allah kurniakan untuk berbakti.

  • Terima kasih kepada Puan Sifu di atas peringatan tentang balasan baik dari Allah bagi setiap kebaikan yang kita usahakan.

    Terima kasih juga di atas doa Puan Sifu, Insyaa-Allah doa di antara yang mustajab doanya adalah doa seorang guru kepada anak muridnya. Amin. Semoga dengan kedatangan rezeki yang mencurah-curah itu dapat membantu orang yang amat-amat memerlukannya.

  • Terima kasih kepada saudara Azree, rakan seperjuangan yang banyak mengajar saya. Saya turut doakan agar doa Puan Sifu itu turut melimpahi rahmat kepada saudara Azree juga. Amin.

    Insyaa-Allah kursus Dimensi 4 Hari 3 Malam pada 30 Jun – 3 Julai 2008 akan diadakan di Nilai, Negeri Sembilan.

  • SifuPTS says:

    Tuan Shamsuddin,

    Ya, doa guru buat muridnya adalah antara doa-doa yang Allah kabulkan.

    Saya tambahkan lagi doa saya buat tuan: Ya Allah, berikan kepada menteeku yang baik ilmunya dan baik pula akhlaknya, pelbagai bantuanmu supaya beliau berjaya membantu peserta-peserta kursusnya menguruskan wang dan dan diri mereka sendiri, dengan cara-cara yang betul dan kauredhai. Amin. Amin.

  • Salam puji-pujian buat Puan Sifu yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan untuk menteenya.

    Ya Allah kurniakan kepada Puan Sifu ini dengan limpahan kebaikan dan diberikan kekuatan, kesihatan, kegembiraan di atas setiap usaha beliau dalam mendekatkan menteenya kepada Mu, Allah. Amin. Amin.

    Semoga Allah memanjangkan umur Puan Sifu, supaya bumi Allah ini terus diberkati dengan setiap usaha Puan Sifu itu. Amin. Amin

Leave a Reply