Skip to main content

Informasi kepada tetamu yang ingin bertemu dengan saya di Melaka.

Isnin 4 Meil 2009, Jam 3.00 sampai di tol Ayer Keroh, Melaka, terus mencari lokasi Kompleks Melaka Mall, di mana kursus Dimensi III bakal diadakah selama 3 hari mulai 5 Mei 2009. Selepas check in di hotel berdekatan dan sembahyang, SK keluar sekejap bagi memasuki Kompleks Melaka Mall, bagi mengenal pasti kedudukan sebenar pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Melaka. Kerja ini perlu dibuat sendiri oleh SK memandangkan pembantu SK sedang bercuti ‘ayah beliau baru meninggal dunia’.

Alhamdulillah tempat di tuju jumpa dengan mudah, malah sempat melihat Dewan Seri LHDN Melaka. Menarik dan selesa untuk peserta.

Ketika ini masih di Kompleks Melaka Melaka Mall dan sebentar lagi akan bergegas balik ke Hotel dan membuat persiapan terakhir al maklum pembantu ‘bercuti’.

Tidak sabar untuk bertemu dan berbicara dengan peserta negeri Melaka yang terkenal dengan orangnya yang berdisplin dan kemas.

SK

Kompleks Melaka Mall 6.35 petang.

Leave a Reply