Skip to main content

Tidak semua belanja yang kita buat menandakan kita sebenarnya hidup searah dengan pembangunan dunia pada hari ini. Ada perbelanjaan yang mungkin kita merasakan ianya satu keperluan tetapi sebenarnya ianya adalah suatu gimik pembuat produk ataupun servis.

Antara kos perbelanjaan yang menghabiskan duit dan pada masa yang sama banyak memberi perkembangan yang negatif kepada keperluan manusia adalah :

1. Majoriti game online, game yang mengunakan komputer, TV dan menunjukkan kita seolah jauh kehadapan berbanding orang lain yang tidak bermain dengan game tersebut. Kita boleh membuat kajian sendiri, berapa peratus kejayaan kita dari segi kerja, bisnes yang kita telah dahului berbanding orang yang tidak bermain game.

2. Membeli majalah yang tidak membantu meningkatkan kuasa diri supaya menjadi lebih cemerlang. Majalah gosip, artis tidak membantu kita menjadi inventor sebaliknya terus menjadi pengguna sepanjang hayat.

3. Movie-movie yang tidak membantu memberikan idea baru kepada kita ataupun pengajaran yang dapat membantu kita meningkatkan prestasi diri serta mengingatkan kita kepada tujuan sebenar Tuhan menciptakan kita.

4. Beli coklat ataupun makanan yang nampak moden tetapi sebenarnya tidak berkhasiat. Harga sahaja yang mahal.

5. Makanan Segera. Mengikut satu kajian, sebahagian individu yang makan makanan segera adalah disebabkan takut diklasifikasikan sebagai orang yang tertinggal. Di tinggal oleh zaman yang sentiasa berubah.  Sehingga hari ini kita masih tidak dapat membezakan apa kelebihan dari segi pemikiran, kejayaan bagi individu yang makan dan tidak makan makanan segera. Perbezaan yang nyata adalah individu yang tidak makan dapat mengunakan duit itu bagi makan makanan lain berkali-kali ganda dengan jumlah yang sama dibelanjakan untuk makanan segera.

6. Beli banyak lagi barangan yang tidak meningkatkan kualiti hidup kita. Bilangan produk-produk ini bertambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Mengikut satu kajian psikologi , individu yang merasa dirinya kurang bernilai akan mencari barangan-barangan yang mahal untuk ditempatkan di anggota badannya dan juga di sekelilingnya.

Ini berlaku apabila ada individu yang mencari barangan mahal untuk dipakaikan dibadannya seperti jam yang mahal (jam yang mahal hanya ada 24 jam sahaja masa, sama dengan jam  sederhana) , handphone yang mahal (beli bukan kerana keperluan, tetapi status mahal), cermin mata, ada juga yang memiliki rumah dengan pelbagai kemudahan yang disediakan bukan kerana keperluan, tetapi bagi memastikan orang lain nampak dirinya ‘mahal/bernilai’.

Individu yang berkualiti dan bernilai tidak memerlukan sesuatu yang mahal kerana dirinya sendiri sudah tinggi nilainya. Antara individu yang saya kenal yang merasakan dirinya bernilai dan mahal adalah Puan Ainon Mohd. Walaupun seorang ahli perniagaan bertaraf jutawan, jika di lihat dirinya dari jauh, beliau seorang yang tidak bernilai, tetapi apabila bercakap dengan beliau, nilai-nilai yang mahal itu dirasakan oleh sesiapa yang mendapat ilmu dari setiap patah perkataannya.

Jam yang mahal yang kita pakai tidak membantu orang yang disekeling kita, tetapi apabila kita seorang yang bernilai tinggi, orang yang mendampingi kita akan memiliki nilai-nilai mahal yang ada pada kita. Orang di sekeliling kita menjadi bertambah pandai, senang, kaya, ceria, baik hati, dan rajin.

Adakah kita seorang yang bernilai ? Ataupun barangan yang kita ada sahaja yang bernilai?

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Emel: info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

Leave a Reply