Skip to main content

Kesย 1ย 

Ketika mengadakan kursus Dimensi III di Bukit Tinggi, Pahang pada bulan lalu, salah seorang peserta memberitahu bahawa kawannya berada di dalam dilema. Beliau menghadapi tuntutan daripada sebuah bank bagi mendapatkanย bayaran hutang kad kredit yang tertunggak sejak berpuluh tahun yang lalu.

Beliau mengunakan kad kredit sewaktu mula bekerja danย ketika itu masih bujang. Selepas beberapa tahun mengunakannya beliau tidak membayar hutang kad kredit yang berjumlah beberapa ribu ketika itu. Di sebabkan beliau berpindah randah, pihak bank tidak dapat menjejakinya. Beliau terus denganย kehidupannya, dan kini sudah beristeri dan mempunyai beberapa anak, beliau akan bersara dalam masaย beberapa bulan lagi.

Beliauย bakal menerima gratuitiย yang berjumlah hampir RM150,000.ย Yang mengejutkan tuntutan yang dibuat oleh bank itu adalahย lebih daripada RM100,000.ย  Bayangkan hutang kad kreditnya yang hanya beberapa ribu pada 20 – 30 tahun lalu, sudah menjadi RM 100,000 lebih.

Beliau tidak mempunyai pencen, hanya bekalan wang dalam KWSP. Beliau baru bercadang untuk mengunakan duit gratuiti itu bagi tujuan tertentu, kini beliau berada di dalam dilema.

Kes 2

Seorang pekerja lain telah membuat hutang sebanyak RM 4,000 dengan salah satu kad kreditnya. Beliau tidak membayar apa-apa bayaran sejak 10 tahun yang lalu.ย Baru-baru iniย beliau dipanggil ke Mahkamah Kuala Lumpur bagi membicarakan berkenaan tuntutan bank ke atas hutang tersebut. Hutang itu sudah menjadi RM 16,000 iaitu 4 kali ganda dalam masa 10 tahun.

11 Comments

  • faris says:

    Itu yang dinamakan the power of compounding interest effects. Sebaliknya kalau dialah yang memiliki beberapa ribu tersebut 20-30 tahun dahulu, dan bukannya pihak bank yang dipinjamnya, semestinya jumlah 100k tersebut adalah miliknya, bukan milik pihak bank.. tetapi masih ada jalan keluar.. berunding lah dengan pihak bank untuk dapatkan full settlement yang rendah.

  • Itu yang terbaik, jika kita dapat mengasingkan sejumlah wang pada setiap bulan untuk dilaburkan dan dibiarkan dalam akaun pelaburan itu.

    Selepas 20 – 30 kita yang mendapat pulangan beratus ribu dan bukannya bank.

  • Mohd Ismail says:

    Uiyoo! Dasyatnya penangan kad kredit.. sebab itu la saya muda-muda ini nak elak sangat pakai kad kredit.. silap langkah, menyesal nanti =)

    Salam perkenalan..

  • SifuPTS says:

    Entri-entri jens ini dapat memikat pengunjung menjadi pembaca setia blog Tuan ini kerana ia amat dekat dengan kehidupan pembaca.

  • Ini bagi memberikan gambaran sebenar setiap apa yang ditulis, supaya pelawat dan peserta kursus saya dapat mempraktikkannya.

    Terima kasih juga kepada Puan Sifu yang kerap melawat dan meninggalkan pandangan yang berkualiti.

    “Membina Dimensi Sebenar”

  • Shaffik says:

    Itulah sebenarnya penyakit bila pakai kad kredit tapi bayar minimum atau tak bayar langsung. Saya pun terkena jugak….apa yang boleh buat sekarang… Bayar lebih dari minimum dan jangan pakai kad kredit lagi.

    Simpan kad untuk emergency sahaja…

  • Sdr Ismail salam perkenalan,

    Halaman blog ini disediakan bagi mengkongsikan segala dilema dan juga gambaran sebenar yang telah dilalui oleh orang yang terdahulu daripada kita.

    Semoga entri dan pandangan yang dilontarkan itu meningkatkan Dimensi Sebenar Kita. Insyaa-Allah

  • Sdr Shaffik,

    Berhati-hati apabila menyimpan kad kredit untuk ‘kecemasan’.

    Banyak juga penyelewangan berlaku oleh pemegang-pemegang kad kredit. Contohnya, ada yang mengatakan memperbahurui cukai jalan dan insurans(takaful)dengan kad kredit, kerana kecemasan duit tidak ada.

  • Betul itu Tuan Shamsuddin, pada awalnya saya menggunakan kad kredit untuk ‘kecemasan’ tetapi akhirnya kecundang, terguna untuk perkara bukan kecemasan dan terperangkap dalam beban hutang kad kredit.

    Alhamdulillah, kini saya sudah langsaikan hutang kad kredit dan tidak menggunakannya lagi.

    Jika bertemu dengan ajen kad-kredit, saya hanya berkata, “Maaf saya tak mahu lagi berhutang kad-kredit.”

    Oleh kerana saya membabitkan diri dengan perniagaan di Internet, daripada menggunakan kad kredit untuk membeli-belah di Internet, saya menggunakan kad debit. Secara tidak langsung, ini membuatkan saya berbelanja mengikut kemampuan, Alhamdulillah. ๐Ÿ™‚

  • Ihsan apa khabar,

    Saya bersetuju dengan pandangan Ihsan bahawa penyalahgunaan kad kredit untuk ‘kecemasan’. Yang menyedihkan masih ramai yang tidak boleh menerimanya. Masih ramai yang mengulangi kesilapan yang telah dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka.

    Kepada yang tidak mahu memiliki kad kredit ataupun yang sudah ada sejarah hitam boleh memberikan alasan yang sama seperti saudara Ihsan

    “Maaf, saya tidak mahu lagi berhutnag dengan kad kredit.”

    Ya, kad debit adalah satu daripada penyelesaian yang teramat baik. Ini kerana jika anda mati dengan mengejut sekalipun anda tidak meninggalkan hutang, berbanding penguna kad kredit yang ada baki hutang.

  • nazira says:

    thnx 4 da info..
    hope 2 see more

Leave a Reply