Sehingga ke hari ini, dari maklum balas secara bertulis dan bicara, kad hutang telah merompak banyak individu yang baik tanpa belas kasihan. Mereka terpaksa hidup menangung bebanan hutang yang melampau, semakin hari semakin naik jumlah baki kad hutang yang belum di bayar. Ada yang terpaksa menjual aset lain bagi menjelaskan hutang mereka. Itu adalah satu dari tindakan yang bagus.
Ada juga yang mengali lubang lain dengan membuat pinjaman lain, sama ada melalui pinjaman peribadi ataupun ‘balance transfer’. Berhati-hati dengan perangkap pindahan baki.
Kad hutang hanya membantu kita berhutang, bertepatan dengan namanya, walaupun pihak pengeluar kad hutang bijak dengan memangilnya dengan nama yang ada ‘class’ iaitu KAD KREDIT.
Kad hutang ini bertujuan membantu individu yang tidak memiliki duit yang cukup tetapi ada nafsu berbelanja yang tinggi dan besar. Nafsu itu dapat dilayan dan dipuaskan dengan membeli setiap apa yang dinginkan selagi jumlah had kredit belum habis digunakan.
Bila kita telah berberlanja mencecah had, timbul idea baru dalam otak, bagi mendapatkan satu lagi kad kredit, tetapi kali ini dari bank lain dan dengan jumlah had kredit yang lebih besar.
Halaman www.ShamsuddinKadir.com 100% menyokong individu mengunakan KAD BERDUIT (Kad Debit / Kad ATM) secara sepenuhnya dalam kehidupan.
Hanya Kad Debit yang membuatkan kita tenang di dunia dan di alam Barzakh. Kad Hutang hanya mengundang mala petaka di mana sahaja kita berada.
Kad BERDUIT (Kad Debit) membuat kita tersenyum ketika membelanjakannya, kerana kita tahu duit yang dibelanjakan itu adalah duit kita dan kita tidak perlu membayar balik kepada sesiapa lagi.
Kad BERDUIT sudah diterima pakai di banyak tempat bagi membuat pembayaran seperti di Stesyen Minyak, Shopping Centre dan banyak lagi.
Saya dan suami telah didatangi oleh seorang jurucakap bank yg sedang mempromosikan kad credit dan kad debitnya di luar sebuah pasaraya besar ternama.
Promosi beliau hanya pada kad credit (walau tertera di brosur ada 2 jenis kad).. kad credit menurutnya: semuanya baik, dapat pulangan mata ganjaran dan cash rebate, boleh guna di mana2 blah .. blah..blah..
Memandangkan kami berminat dengan kad debit maka kami tolak mentah2 promosi kad credit beliau tetapi menyatakan minat pada kad debit, malangnya respond beliau amat mengecewakan. Dari penerangannya, kad debit seolah-olah tak baik dan tak menguntungkan.
“Susah maa.. you kena buka account lagi baru dapat ini kad. Kad credit, you isi borang saja .. cuba dulu, kalau tak mau guna boleh cancel maa..”
So, kami tinggalkan promoter kad kredit ini sendirian, malas nak layan. Dia memang telah menjalankan tugas marketingnya dengan baik dan saya rasa ramai yang menjadi pelanggannya. Tepuk dada tanyalah selera ..
Salam Puan Zass,
Pengalaman yang Puan Zass lalui ini sangat berharga bagi dikongsikan di sini. Saya menyokong penuh dengan tindakan betul yang dilakukan oleh Puan dan suami.
Teruskan berkongsi pengalaman itu di sini bagi manfaat semua tetamu http://www.shamsuddinkadir.com