Skip to main content

Individu yang menetapkan matlamat hidup selaras dengan tujuan Allah mencipta manusia sentiasa disukai dan senangi oleh manusia lain. Ramai individu yang akan mendoakan supaya kita sentiasa sihat, panjang umur dan bahagia di atas sifat kita yang sentiasa dilihat ‘pembawa kebaikan’.

Apabila kita dikurniakan dengan kemudahan mendapat duit pada setiap bulan, kita menghadkan gaya hidup kita supaya kita dapat mengunakan lebih itu bagi simpanan untuk keluarga, dan selebihnya adalah bagi membantu adik-beradik yang dalam kepayahan. Membantu rakan yang dalam kesempitan, membantu orang-orang buta, orang OKU dan sesiapa yang memerlukan sumbangan.

Setiap kali ada sahaja orang buta yang datang sehingga ke meja kita, tidak pernah sekali kita membiarkan mereka pergi tanpa sedikit ‘buah tanggan’ dalam bentuk matawang sebagai tanda syukur. Ya, kita bersyukur kerana Allah menempatkan diri kita sebagai orang yang memberi dan bukannya orang yang menerima.

Apabila ada anak yatim ataupun orang yang meminta derma bagi pembinaan masjid sebagai contohnya, kita tidak banyak mempersoalkan melainkan cepat-cepat menghulurkan bantuan. Apa yang kita faham, Allah masih memberi nikmat kepada kita sehingga ke saat ini, kerana kita masih bernyawa.

Bayangkan apabila nyawa sudah melayang, tiada seseorang pun termasuk orang buta, anak yatim  akan datang meminta bantuan dari jasad kita yang sudah tidak mampu menolong diri sendiri.

Individu yang sentiasa membantu dan sentiasa merasa gembira bagi menghulurkan bantuan adalah orang yang sentiasa dircari dan orang yang sentiasa mendapat keberkatan dari Allah.

Walaupun kita hidup dalam penuh kesederhanaan kita tetap gembira kerana dapat menunaikan setiap kehendak Allah. Insyaa-Allah.

Apabila kita sibut menghiasi diri dengan kebendaan semata-mata tanpa melupakan masih ada orang yang menanti bantuan kita…sudah pasti kematian kita tidak membawa sebarang erti kepada mereka, kerana kita hidup ataupun mati sama sahaja. Hanya individu yang sibuk menjaga keperluan orang yang dalam kesusahan itu sahaja yang meninggalkan impak yang sangat mendalam apabila mereka berhijrah ke Taman Barzakh.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply