Skip to main content

Sehingga ke hari ini, masih ada individu yang menanyakan tentang kelayakan bagi memiliki kereta yang dalam kemampuan. Ini bermakna pengedaran buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang, di ikuti dengan informasi di halaman ini dan juga bicara kewangan di TV belum dapat menembusi setiap individu.

Tempoh maksimun bagi pembiayaan membeli kereta adalah 4 tahun sahaja. Jika kereta yang kita ingin beli itu mengenakan ansuran yang kita tidak mampu bayar, maka kereta yang ingin dibeli itu di luar kemampuan kita pada masa ini. Tukarkan kepada kereta yang lebih murah supaya ansuran yang akan dibayar selama 4 tahun itu dalam kemampuan kita.

Tangguhkan hasrat untuk membeli kereta jika tiada kereta yang ada dipasaran yang kita boleh beli dengan tempoh pinjaman selama 4 tahun. Sebenarnya banyak juga kereta terpakai yang dapat memenuhi keperluan kita bagi mendapatkan kereta yang lebih sesuai dengan mengekalkan tempoh maksimun 4 tahun.

Membeli kereta impian dengan menggunakan duit gaji adalah satu dari langkah untuk menghilangkan nikmat tenang dalam hidup. Gunakan duit orang lain bagi membeli kereta Impian.

Shamsuddin Kadir

Trainer & Writer

Ultra Mind Resources

Tel: 03 4142 5300 Fax: 03 4142 7300

Emel : info@shamsuddinkadir.com

www.ShamsuddinKadir.com

2 Comments

  • yusry says:

    kereta bkn segalanya dlm kehidupan.ilmu dan amal lebih penting rasanya.guna duit org lain utk keta impian adalah jln tepat.x dpt x pe yg penting cuba…

  • Betul Tuan Yusry,

    Ilmu dan amal adalah yang lebih penting dalam kehidupan kita. Kita sentiasa berusaha, Allah memberi pahala di atas setiap usaha kita walaupun secara zahirnya kita dikatakan ‘gagal’.

    Seorang Muslim yang sentiasa memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti hidup untuk diri dan orang lain tidak pernah mengalami kegagalan dalam Islam walaupun sesaat. Itu kelebihan apabila menjadikan hidup kita sebagai satu ibadah.

Leave a Reply