Kepada semua peserta yang telah mendaftarkan diri, sila berada di lokasi bengkel iaitu di atas Klinik Dr. Noriah, Taman Permata, bersebelahan pasaraya Giant selewat-lewatnya 8.55 pagi. Bengkel akan bermula tepat pukul 9 jika tiada masalah yang tidak dapat dikawal dan akan berakhir pada pukul 4.30 petang.
Laluan paling mudah adalah mengunakan jalan Ampang – Hulu Kelang. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Ampang, Taman permata terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Jika Tuan dan Puan datang dari arah Gombak, Taman permata itu terletak disebelah kiri Tuan dan Puan. Landmark yang mudah untuk dicari adalah pasaraya Giant.
Alamat lokasi :
Sekolah Bimbingan Agama Al-Ikhlas
2755-B Jalan Changkat Permata
Taman Permata, Hulu Kelang
53300 Kuala Lumpur
Bagi yang tidak dapat mencarinya boleh menghubungi 019-3001200.
Jika ada individu yang ingin menyertai boleh sms nama dan emel ke nombor hp di atas dan selepas mendapat pengesahan kekosongan Tuan dan Puan boleh terus membuat pembayaran ke akaun Maybank 562106-200279 di atas nama Shamsuddin Abdul Kadir.
Jumpa di bengkel sabtu ini, 28 Mac 2009.
Semoga bengkel tuan berjalan lancar dan memberi manfaat kepada para peserta. Saya pula akan mengendalikan bengkel penulisan di Kuching hari Sabtu ini.
Salam Tuan Firdaus, saya doakan bengkel Tuan itu berjalan lancar.
Salam Tuan Shamsuddin ,
saya adalah salah seorang peserta bengkel “berhijrah makan gaji” pada bulan Januari 09. Alhamdulillah setelah mempraktikkan 2 tips iaitu : (1)mempelbagaikan belon cita-cita (2)mulakan bisnes dengan apa yang ada ditangan, saya telah menambah satu lagi sumber pendapatan hasil tips tuan walaupun kini saya bekerja sendiri sebagai wakil takaful sepenuh masa.Alhamduillah setelah “brainstorming” bersama suami yang juga peserta bengkel, satu perniagaan trading barangan online secara kecil-kecilan telah diwujudkan sebagai tambahan pendapatan.Alhamdulilah sambutan menggalakan hasil daripada modal permulaan hanya sebanyak RM60 sahaja!. Mungkin rezeki bayi kami yang insya Allah lahir bulan hadapan. Ameen. 😉