Setiap kali saya mengadakan kursus ataupun ceramah, ada peserta yang mengatakan “Kad kredit adalah satu keperluan dan ianya mesti di miliki”.
Apabila saya menanyakan kenapa ? Salah satu sebab yang diberikan adalah kerana tayar kereta botak dan tidak mempunyai duit untuk menukarkannya. Jika dibiarkan tayar botak, akan membahayakan keselamatannya. Pandai pula mereka memikirkan tentang keselamatan di jalan raya. Tetapi adakah dengan membiarkan diri tidak ‘berduit’ bukan sahaja menyempitkan hidup bahkan membahayakan keselamatan diri.
Tanpa mempunyai duit yang mencukupi sebagai simpanan bagi kecemasan dan pelaburan :
-
Kita tidak mampu untuk menukar tayar kereta yang sudah haus (botak) dengan tayar yang baru
-
Kita tidak mampu memperbaharui cukai jalan dan Takaful
-
Kita tidak mampu mendapatkan rawatan berbayar apabila sakit
-
Kita tidak mampu menangung kos apabila kereta kita rosak
-
Kita tidak mampu menjelaskan kos yang timbul akibat musibah yang melanda
-
Kita tidak mampu mendapatkan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak
-
Kita tidak mampu untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi
-
Kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan ‘merungut’ dan menyalahkan kepada keadaan ataupun takdir
Apabila kita tidak ada duit simpanan, perkara yang tidak wajib menjadi wajib. Contohnya kad kredit. Ianya menjadi kewajipan bagi orang yang tiada duit. Ini bagi memastikan apabila musibah melanda, mereka dapat menyelesaikan masalah itu. Ianya hanya dapat menyelesaikan untuk sementara waktu sebelum ketua segala masalah datang menuntut bayaran.
Kad kredit adalah satu kemudahan bagi individu yang mempunyai wang simpanan yang mencukupi. Kad kredit digunakan untuk mendahului pembayaran sesuatu transaksi dan ianya akan dijelaskan sebaik sahaja menerima penyata daripada bank.
Pemilik kad kredit yang tertipu akan melihat dirinya layak mendapat beberapa perkhidmatan yang mereka sebenarnya tidak layak. Contohnya mendapat rawatan di hospital swasta dengan mengunakan kad kredit untuk dirinya ataupun pasangan. Seperti bagi melahirkan anak. Alasan mengunakan kad kredit kerana tidak ada duit untuk membayarnya. Ini bermakna ketika itu, anda belum layak untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. Apa yang anda layak pada ketika itu adalah rawatan di hospital kerajaan.
Pastikan anda dapat membezakan antara mampu dengan layak. Apabila anda ada kad kredit anda layak mengunakannya, tetapi ianya tidak bermaksud anda mampu untuk membayar hutang yang dibuat dengan kad itu.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Hakcipta Terpelihara Shamsuddin Kadir 2008
Bagi orang yang cetek ilmu kewangan (seperti saya dahulu)memang akan merasakan kad kredit dapat memberi kepuasan dalam diri kita.
Dengan adanya sedikit ilmu pengetahuan dalam kewangan, Alhamdulillah saya dapat menguruskan wang keluar masuk saya setiap bulan, dan saya lebih berhati-hati dalam perbelanjaan saya.
Memang betul pendapat Tuan Sham,bagi pekerja yang berpendapatan sederhana seperti saya tidak perlulah menggunakan kad kredit.Pilihlah apa yang kita mampu sahaja, bersabarlah lama kelamaan kita akan mampu miliki apa yang kita tidak mampu miliki sekarang, InsyaALLAH.
Saya bersetuju dengan pandangan Kart,
“Pilihlah apa yang kita mampu sahaja. Bersabarlah lama kelamaan kita akan mampu miliki apa yang kita tidak mampu miliki sekarang, InsyaALLAH”
Kad kredit membuatkan kita tidak sabar dan mendidik kita memiliki segala apa yang kita tidak mampu miliki. Ianya terus membebani kita, kerana kita menjadi tidak mampu sampai bila-bila.
Kebetulan saya telah menukar tayar yang botak pada sabtu lepas. Saya pergi ke tujuh kedai tayar berdekatan rumah saya dan memilih kedai yang menawarkan pakej terbaik. Saya hanya membawa duit tunai untuk tayar sahaja. Pada masa yang sama saya terpaksa tukar brake pad dan beberapa parts lain di kereta (tidak dirancang).
Akhirnya saya membayar tunai untuk tayar. (Semua kedai yang saya kunjungi akan caj ekstra 3% jika menggunakan kad kredit.) Dan membayar menggunakan kad kredit untuk parts lain.
Alhamdulillah saya ada simpanan yang cukup untuk menyelesaikan hutang itu sebelum penyata kad kredit itu datang.
Sekadar berkongsi pengalaman yang hampir sama dengan yang dibincang oleh Tuan. Din (panggilan saya kepada Tuan Shamsuddin) kita.
Terima kasih.
Satu maklumat yang amat jelas. Syukur, Alhamdulilah di atas ketenangan yang Allah berikan kepada Saudara Azemi (Sahabat Karib). Saya cukup gembira di atas kesudian Saudara Azemi mengkongsikan pengalamannya yang cukup bermakna itu.
Kepada Saudara Azemi, tidak perlu mengunakan nama Tuan, gunakan nama panggilan Din sudah memandai.
Saya mempunyai nama dua nama panggilan ringkas, iaitu Sham dan Din.
Kepada para pelawat boleh gunakan nama Sham sudah memandai, tidak perlu mengunakan Tuan di hadapan nama saya.