Skip to main content

Sejak dari tahun 1957 banyak peluang membuat bisnes ditawarkan di pasaran sama ada secara terbuka dan tertutup. Peluang membuat duit melalui peluang bisnes itu dapat dibahagikan kepada dua:

  • Peluang Perniagaan yang berhasil melahirkan usahawan yang membuat duit dari peluang tersebut.
  • Peluang perniagaan yang tidak pernah berhasil melahirkan usahawan yang benar-benar membuat duit.

Selama 50 tahun Malaysia merdeka, sudah banyak sejarah peluang-peluang bisnes yang benar-benar berhasil ataupun sekadar gimik bagi menarik @ memancing duit pelanggan.

Terdapat dua jenis individu yang biasanya mudah dipancing oleh penyedia peluang bisnes yang tidak pernah berhasil iaitu :

  • Individu yang sedang terdesak, mengalami kesempitan hidup akibat bebanan hutang dan kos sara hidup.
  • Individu yang ada duit dan ingin mencuba mengubah nasib supaya menjadi lebih baik dengan menceburi peluang perniagaan yang ditawarkan di pasaran.

Banyak peluang perniagaan yang tidak berhasil ini di tawarkan dipasarkan di pasaran. Tawaran peluang perniagaan ini amat menarik sehingga mampu mempengaruhi kedua-dua jenis individu di atas.

Perkara terbaik yang boleh dilakukan sebelum memasuki mana-mana peluang perniagaan adalah dengan melihat sendiri adakah ada individu yang benar-benar berhasil menghasilkan duit sekurang-kurangnya untuk 15 tahun dengan menceburi peluang bisnes tersebut.

Antara peluang bisnes yang banyak ditawarkan adalah dalam bisnes ‘Multi Level Marketing’ MLM dan Jualan Terus ‘Direct Selling’. Buat sedikit kajian tentang orang yang telah menceburi seawal 15 tahun yang lalu ataupun lebih, lebih adakah mereka masih kekal hidup dengan bergantung sumber dari peluang MLM itu hari ini ataupun sudah meninggalkan bidang tersebut.

Kebanyakan peluang bisnes ini, kita perlu ‘dahulukan’ duit kita bagi memulakannya. Oleh itu bagi mengelakkan kita dari menyesal seperti mana orang yang lebih dahulu menyertainya menyesal, belajarlah dari orang-orang yang lebih tua dari segi pengalaman menceburi bidang tersebut yang kita mengenali dan boleh mempercayai.

Sebahagian dari peluang perniagaan ataupun peluang buat duit yang ditawarkan di pasaran diciptakan oleh individu yang ingin mendapat duit dari kita.

Buat kajian, kenal pasti, banyak bertanya dan banyak membaca dan sebaiknya buat ‘Isthikarah’ sebelum kita mula menyertai mana-mana peluang perniagaan.

Banyak juga kakitangan swasta dan kerajaan yang telah menyertai peluang yang tidak berhasil dan sedang menanggungnya.

“Jangan dipatuk oleh Ular yang sama dari lubang yang sama walaupun hanya sekali”

Kerana ular yang sama dari lubang yang sama sudah mematuk banyak individu yang lebih terdahulu menyertai peluang bisnes yang tidak berhasil.

“Ubat Kepada Kebodohan adalah Bertanya”

 

www.ShamsuddinKadir.com

Ultra Mind Resources

“Meningkatkan Prestasi Kerja Melalui Training”

Hotline : 1 700 80 7572

Emel : info@shamsuddinkadir.com

Leave a Reply