Skip to main content

Bebas dari belenggu hutang dan tekanan kos sara hidup bukannya bererti kaya. Apabila kita ingin menetapkan matlamat hidup, tetapkan apa yang kita sebenarnya mahu dan kenapa kita mahukannya.

Banyak orang ingin menjadi kaya kerana tidak tahan lagi dengan bebanan hidup dan belenggu hutang. Adakah gaji yang tidak cukup ataupun hidup yang diluar batas? Apabila kita tidak celek kewangan iaitu tidak suka membaca buku, kita tidak tahu apa sebenarnya punca kepada masalah kita. Kita menyangka masalah kita berpunca dari duit yang tidak cukup, maka apa yang kita akan kejar adalah duit. Di mana apa sahaja peluang membuat duit yang diwawarkan di dalam internet, emel ataupun flyers akan menjadi keutamaan kita bagi menyertainya. Akhirnya kita tertipu lagi, kerana duit masih tidak cukup. Hanya mati sementara itu yang menghentikan kita dari usaha yang sia-sia itu.

Kita kaji terlebih dahulu apa punca duit tidak cukup, adakah kerana kita sudah mengikut cara berbelanja yang bijak iaitu tidak lebih dari 70% dari duit gaji?.

Apabila kita membelanjakan lebih dari jumlah itu, kita sebenarnya bukan tidak ada duit yang cukup, kita sebenarnya telah hidup diluar batasan manusia normal. Apabila duit kita bertambah sekalipun, ianya tidak akan membuatkan hidup kita senang, kerana kita tetap dengan tabiat berbelanja lebih dari apa yang kita mampu.

Walaupun kita tidak kaya, kita tetap dapat hidup bahagia, tenang, ceria dan dapat melancong pada bila-bila masa dengan hidup sebagai manusia normal.

Leave a Reply