Skip to main content

Sehingga ke hari ini, kita masih mendengar hujah demi hujah yang menyokong Pasaraya besar dan tidak kurang juga hujah dari penyokong pasaraya kecil. Isu yang dibincangkan adalah jimat.

Penyokong iaitu pembeli di pasaraya besar mengatakan mereka dapat jimat lebih kerana harga barangan di pasaraya besar lebih murah.

Penyokong iaitu pembeli di pasaraya kecil mengatakan mereka dapat jimat kerana pada setiap bulan, mereka tidak pernah terlebih berbelanja.

Kedua-dua pasaraya ini ada kekuatannnya. Di mana jika kita benar-benar ingin menikmati harga murah yang ditawarkan di pasaraya besar, pastikan, pastikan, pastikan kita membawa senarai dan hanya membeli barangan yang ada di dalam senarai itu sahaja. Senarai yang dibuat itu mestilah yang mengandungi barangan yang diperlukan sahaja. Jika kita mengabaikan senarai, kita tidak akan dapat ‘jimat’ yang kita dapat hanya ‘bazir membazir’. Kita terlebih membeli barang yang kita tidak perlu. Menambah bebanan hutang bagi  mereka yang masih membeli dengan kad kredit.

Pasaraya kecil menghalang kita dari membeli lebih dari keperluan walaupun kadangkala kita terlupa membawa senarai ataupun membeli dua tiga barang ekstra yang tiada di dalam senarai. Dengan membeli apa yang ada di dalam senarai membuatkan kita lebih kurang berbelanja, kerana senarai barang untuk dibeli di pasaraya kecil adalah terbatas.

Cadangan Pasaraya bagi kaum Muslim, cari yang dimiliki oleh Muslim ataupun ke Mydin jika ada, banyak barang yang berjenama di sana, tetapi menawarkan dengan harga yang amat murah.

Setiap ringgit yang dibelanjakan bagi membeli di kedai Muslim yang paling terbaik yang kita dapat adalah keberkatan menepati tujuan utama Allah menjadikan manusia.

“Tidak aku jadikan manusia dan jin, melainkan untuk beribadah kepada ku”

Membeli di pasaraya ataupun kedai yang dimiliki oleh Muslim (Tidak kira Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim) menjadikan kita Muslim yang sejati.

Cari yang paling jimat tetapi pada masa yang sama, jangan kita lupakan yang paling penting keberkatan.

2 Comments

Leave a Reply