Skip to main content

Banyak barang pada ketika ini diimport dari negara luar terutama negara China. Setiap individu berbelanja dalam kategori yang dinamakan ‘jimat’. Bagi berjimat sudah tentu satu dari usaha yang kita lakukan adalah dengan mengurangkan harga kos bagi barangan yang dibeli. Cara paling mudah adalah dengan membali barangan yang dibawa masuk dari negara China.

Sudah semestinya jika kita hanya memfokus kepada jimat yang sementara, kita akan membeli hampir semua barangan buatan dari negeri China, terutamanya mainan dan hiasan peribadi dan rumah. Apabila banyak orang menyokong produk buatan dari China, sudah pasti aliran wang keluar negara naik. Ini akan membantutkan lagi proses membangun negara kita sendiri terutamanya oleh sektor bisnes. Apabila sektor bisnes terjejas, sudah pasti yang menerima kesan secara langsung adalah pekerja. Pekerja di sektor swasta akan menerima kesan yang lebih awal dan lebih teruk berbanding dengan sektor awam.

Sebagai seorang Muslim kita wajib mengutamakan produk keluaran tempatan terutamanya yang dihasilkan oleh individu Muslim yang lain.

Jika kita ingin membeli produk keluaran luar negara utamakan kepada barangan keperluan sahaja. Bagi barangan hiasan, beli sekadar yang perlu sahaja. Banyak barang hiasan yang bertindak sebagai penambah rasa riak dalam manusia. Riak membuatkan seseorang belanja melebihi kemampuan dan juga merosakkan ekonomi dalam masyarakat kita.

Individu yang memasuki pasaraya tanpa senarai adalah yang banyak terbeli barangan yang tidak diperlukan dan majoritinya adalah produk dari luar negara.

Jika orang Korea cukup meluat melihat orangnya di Korea memandu kereta buatan selain dari hasil orang Korea, mungkin kita boleh bermula dengan gembira menyokong barangan keperluan yang dihasilkan oleh orang tempatan.

Insyaa-Allah bagi yang beragama Islam, bukan sahaja kita menunaikan Fardhu Kifayah, kita juga diberi balasan baik semasa di dunia, di Taman Barzakh dan di Dunia kekal Abadi iaitu Syurga.

Leave a Reply