Skip to main content

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji adalah bengkel sehari yang disediakan bagi mana-mana individu yang ketika ini adalah seorang pekerja dan ada impian menjadi usahawan ataupun sedang merancang memulakan bisnes sendiri.

Bengkel ini adalah persediaan yang dibuat oleh setiap pekerja yang ingin berhijrah supaya matlamat itu tercapai dan yang paling penting berjaya di dalam bisnes yang diceburi tanpa menyebabkan tangan terbakar. Iaitu duit yang ada ditangan (modal) hangus.

Bengkel ini juga membebaskan peserta dari halangan-halangan yang sebelum ini nampak besar dan tidak mampu di atasi, selepas mengikuti kursus ini halangan itu tiba-tiba ghaib. Ini berdasarkan komen dari peserta bengkel berhijrah siri yang pertama.

Tahun 2009 adalah tahun terbaik bagi memulakan bisnes sendiri. Apabila saudara memulakan bisnes sendiri, saudara dapat menghasilkan pendapatan yang jauh lebih besar dari 9 kali ganda gaji saudara sekarang. Itu secara asasnya. Tahun yang masyarakat memanggil gawat, adalah tahun orang yang baru memulakan bisnes menjadi senang. Seperti mana seorang Jutawan yang saya cukup kenali memiliki harta berpuluh juta selepas memulakan bisnes pada tahun gawat iaitu tahun 1997. Umur beliau ketika memulakan bisnes adalh 37 tahun dan ketika berumur 38 tahun beliau sudah menjadi hartawan. 

Seorang lagi jutawan yang juga merupakan seorang dari sifu saya, juga hanya mempunyai pendidikan setinggi SPM menyatakan kepada saya beliau akan memastikan dia membuat hasil yang paling tinggi tahun 2009 ini seperti mana tahun-tahun gawat sebelum ini.

Tarikh Bengkel : Sabtu, 28 Februari 2009

Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat : Sekolah Bimbingan Al-Ikhlas, di atas Klinik Gigi Dr Nooriah, Taman Permata, Hulu Kelang, Kuala Lumpur. Bersebelahan dengan pasaraya Giant, Taman Permata.

Yuran : RM 150 sahaja (Makanan dan minuman tidak disediakan)

Bilangan peserta TERHAD kepada 25 orang sahaja, iaitu peserta yang paling awal membuat bayaran.

Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar nama, alamat emel, nombor telefon dan tarikh bengkel yang dipilih sama ada 28 Februari ataupun 28 Mac 2009 ke info@shamsuddinkadir.com. Tuliskan tajuk/subjek :Bengkel berhijrah dari Makan Gaji

Selepas menerima pengesahan ada kekosongan tempat, Tuan dan Puan boleh membuat bayaran ke akaun maybank 562106-200279 atas nama Shamsuddin Abdul Kadir. Jika mengunakan maybank2u.com.my, sila masukkan emel info@shamsuddinkadir.com di ruangan emel third party.

Bagi yang mengunakan bank ini, sila fak bank in slip dengan menulis nama, no. telefon Tuan dan Puan di atas kertas yang difakkan. Tunggu pengesahan dari kami.

Bilangan tempat duduk yang masih kosong sehingga hari ini

Bengkel 28 Februari 2009 : 25  21

Bengkel 28 Mac 2009 : 25  24

“Sebahagian dari apa yang kita capai pada hari ini, adalah disebabkan oleh angan-angan kita pada suatu ketika dahulu”

Apa yang akan terjadi esok, jika hari ini kita membuat persediaan bagi berhijrah dari makan gaji?

One Comment

Leave a Reply