Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Saya ingin memaklumkan terdapat sedikit ganguan pada hosting halaman ini, di mana semua artikel dan comment yang diberikan selepas hari sabtu 2 Februari 2008 semuanya ‘Ghaib’.
Kami sedang cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut. Mohon Maaf di atas segala kesulitan.
Salah satu daripada artikel yang menerima kesan ini adalah Berfikir seperti Majikan.
Mohon maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi, sekali lagi.
Shamsuddin Kadir
info@shamsuddinkadir.com
Moga dapat selesai masalah. Saya faham apa perasaan bila banyak entri tiba-tiba. Rasa macam nak makan moniter & CPU 🙂
Tuan Amin,
Jika mulut saya besar, rasanya kedua-dua monitor dan cpu itu sudah berada di dalam perut saya.
Saya terlupa untuk membaca notis pemindahan server yang dihantar oleh hosting provider.
Ini yang terpaksa saya hadapi.
Memang notis daripada pihak hosting sangat perlu diambil berat. Cuma kebiasaannya pihak hosting saya akan memaklumkan terus kepada saya melalui Yahoo Messenger.
Jadi, saya memang tidak akan update blog pada waktu itu.
Apa-apa pun mesti selalu buat backup. 😀 Dulu pernah blog saya kena hack, habis entri saya selama sebulan hilang.
Salam..cabaran kehidupan agaknya. Ada hikmah dari Allah swt.
Terima kasih Tuan Azree,
Nampaknya backup adalah pilihan terbaik untuk artikel di blog ini. Saya tidak dapat bayangkan jika entri selama sebulan hilang.
Tuan Zaiful,
Saya bersetuju dengan Tuan, bahawa ada hikmah disebalik musibah itu. Mendorong saya untuk tabah dan ‘Backup’