Skip to main content

Apabila kita ada masalah kita mencari punca dan menyelesaikannya. Ada juga di antara kita yang memilih bagi melihat apa masalah yang sebenarnya, sebelum mencari jalan bagi menyelesaikannya.

Kita biasa dengan jangan lari dari masalah, kerana masalah itu tetap akan mendampingi kita ke mana sahaja kita pergi. Kenyataan itu mungkin membawa erti yang kurang tepat, di mana setengah dari masalah seperti hilang semangat dengan hanya membuat sesuatu yang kita biasa lalukan.

Hijrah seperti mana  yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah membawa maksud kepada hasil yang terhebat di dunia iaitu di mana penyebaran agama Islam begitu pantas dan bilangan yang menjadi ahli syurga meningkat dengan  banyak berbanding ketika Nabi di Mekah sebelum berhijrah. Nabi kembali semula ke tempat asal iaitu Mekah selepas mengubah iaitu berhijrah dan berlaku kemasukkan orang Jahiliah secara beramai-ramai menjadi orang Islam.

Begitu juga dengan kehidupan kita pada hari ini, apabila berlaku terlalu banyak peristiwa yang kurang senang termasuk, sakit, dikelilingi oleh hutang, tekanan melampau di tempat kerja, adalah satu pilihan kepada kita bagi berhijrah. Hijrah juga bermaksud bagi mencapai hasil yang lebih besar dan hebat. Antara hijrah yang boleh kita lakukan adalah :

1. Berpindah rumah – walaupun rumah itu kita sudah miliki. Mungkin ke daerah atau negeri yang berlainan ataupun di taman yang berasingan.

2. Tukar tempat kerja – Memohon kerja di organisasi lain ataupun memohon pertukaran jabatan.

3. Tukar gaya hidup kita supaya hasilnya nanti membantu kita hidup dengan tenang dan gembira.

4. Tukar tempat anak kita bersekolah jika kita merasakan ada keperluan.

5. Berhijrah dari apa yang kita lakukan bagi mendapat duit menyara hidup. Sama ada tukar profession ataupun tukar status iaitu dari pekerja menjadi majikan.

6. Salah satu yang kita dapat apabila kita berhijrah adalah rangkaian kawan baru sama ada untuk diri kita dan juga seluruh ahli keluarga kita.

Walaupun rumah yang kita sedang duduki sekarang ini sudah dibeli dan sudah habis installment, tidak salah kita berpinah, kerana rumah itupun tidak akan kekal, hanya beberapa puluh tahun sahaja yang kita dapat mendiaminya. Rumah kita yang jauh lebih kekal iaitu ada orang yang sudah mendiaminya lebih 1400 tahun yang lalu adalah rumah di Taman Barzakh.

Berhijrah memberikan kita banyak untung dan jarang sekali rugi. Pengalaman saya sendiri, sebelum berhenti kerja saya hanya berkerja dengan seorang owner tetapi bertugas di beberapa syarikat yang berlainan dan bekerja di bawah CEO yang berlainan dan di bawah arahan CEO dari pelbagai bangsa dan juga latar belakang pengajian dan kelayakan. Saya pernah bertugas di bawah jabatan Akaun, Kewangan, Sumber Manusia, Pentadbiran, Procurement, Logistik, Kargo Kapal Terbang, Pemasaran dan juga operasi. Semuanya dalam masa 10 tahun.

Sebagai seoang yang bermula dengan jawatan akaun eksekutif, saya amat gembira kerana pernah menjadi crew kargo kapal terbang dan pelbagai jawatan lain yang diberikan oleh owner dan juga yang dipohon sendiri oleh saya yang majoritinya tiada kaitan secara langsung dengan kelulusan awal saya.

Pada tahun ini saya sedang dan akan membuat beberapa siri berhijrah jika diizinkan oleh Allah, antaranya adalah :

1. Berpindah dari Shah Alam ke Hulu Kelang, Kuala Lumpur, sebelum ini saya pernah tinggal di Senai, Johor.

2. Membuka pejabat baru di Kuala Lumpur dan proses memindahkan pejabat di Shah Alam

3. Berhijrah tempat belajar ke Universiti Islam Antarabangsa dan mengambil jurusan yang berlainan pada awal tahun ini.

4. Berhijrah mencari seorang Mentor baru pada setiap bulan bagi memantapkan lagi ilmu yang Allah kurniakan supaya dapat dimanfaatkan.

Itu sebahagian kecil siri penghijrahan yang sedang saya lalukan. Semoga Tuan dan Puan juga mendapat kebaikan yang berlipat ganda di atas setiap usaha berhijrah. Sekurang-kurangnya kita boleh membuat ‘Hijrah Minda’.

Leave a Reply