Skip to main content

Kepada semua peserta Bengkel Berhijrah Dari Makan Gaji siri pertama.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan yang saya amat muliakan,

Semoga semua peserta telah mendapatkan ilmu yang diperlukan bagi memulakan langkah seterusnya sebelum menjadi usahawan sepenuh masa selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2009.

Saya merasakan amat gembira dan bertambah semangat apabila yang datang semuanya adalah orang yang tidak ingin melepaskan peluang mencari ilmu baru. Tuan dan Puan yang saya muliakan. Setiap sen yang dibelanjakan dan setiap saat yang dihabiskan, Insyaa-Allah semuanya mendatangkan kepda Tuan dan Puan pahala seperti mana usaha burung pipit yang mencuba memadamkan api yang sedang membakar nabi Ibrahim A.S.

Tahniah juga diucapkan kepada Pasangan Tuan Azrul yang datang dari Pahang dan dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang, Tuan Ismai dari Melaka dan seorang lagi ….. (juga peramah orangnya) datang dari Johor.

Tahniah juga kepada Tuan Sabri Hassan pemilik EcommerceMastery.com, yang sanggup menangguhkan pelan balik bercuti panjang sempena Chinese New Year.

Apa yang diberitahu oleh seorang peserta kepada saya adalah “Apabila kita ada matlamat yang besar, cuti panjang ini menjadi kecil berbanding bengkel yang dihadiri hari ini”

Saya percaya itulah yang menjadi dasar bagi setiap peserta yang menghadirinya.

Kepada peserta yang sudah menyediakan rancangan dan ingin mendapat pandangan kami, boleh menghantar emel ke info@shamsuddinkadir.com.

Semoga 31 Oktober 2009 menjadi realiti kepada Tuan dan Puan, saya tidak sabar ingin berjumpan dengan Tuan dan Puan selepas 1-2 bulan bagi memastikan Tuan dan Puan di atas landasan yang tepat.

Leave a Reply