Assalamualaikum mohon tuan Shamsuddin Kadir ulas sedikit berkenaan pelaburan mata wang digital bersandarkan emas
Produk DinarDirham…. Mohon pencerahan untuk dijadikan panduan….
________________________
Mesej yang diterima dari facebook Shamsuddin Kadir
Waalaikummusalam wbt
Berkenaan dengan Mata Wang Digital ini, saya sudah komen beberapa kali di facebook.
Mata Wang Digital! Persoalan yang perlu kita jawab adalah
Siapakah badan pemantau apa yang disebut oleh organisasi tersebut. Contohnya bank-bank di Malaysia dipantau dan diaudit oleh Bank Negara, Syarikat Takaful dan Insurans dipantau dan diaudit oleh Bank Negara
Syarikat di Bursa Malaysia dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Apabila disebut dengan Mata Wang Digital, organisasi badan bebas dan berkanun yang memantau operasinya, sistemnya dan adakah ada banda berauthoriti yang mengaudit organisasi yang menguruskan Mata Wang Digital itu?
Jika ada, adakah badan itu boleh dipercayai? Jika Ya, Kita ada pilihan untuk menyertai ataupun tidak.
Tuan, sertai ataupun tidak?
Buat masa ini, Shamsuddin Kadir memilih untuk TIDAK MENYERTAINYA di masa depan tidak pasti.
Shamsuddin Kadir 27 Julai 2017
Kuala Lumpur