Bismillah. Nabi Muhammad s.a.w | Ya Allah ya Tuhanku Ajarilah aku perkara yang aku masih jahil, dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa, permudahkanlah semua urusan kerjaku, tolong rombak mana-mana simpul pada lidahku, supaya orang lain dapat memahaminya. Amin.
Kejatuhan ekonomi dunia ketika ini dikatakan berpunca dari pelbagai punca, antara dua faktor utama iaitu harga Minyak di pasaran dunia dan Kejatuhan ekonomi China bermula dari bahagian perkilangan (Manufacturing). Daripada data, Di mana di pasaran dunia, 400 billionaire terkaya dunia menanggung rugi dalam masa seminggu sahaja adalah USD 188 Billion. Manakala dalam masa seminggu sahaja Warren Buffet rugi USD 3.8 billion. Rujuk gambar .
Pasaran saham Malaysia jatuh dari RM 1.65 Trillion jatuh menyebabkan nilai saham Bursa Saham Malaysia jatuh sebanyak RM 180 billion. Di mana dalam Bahasa orang kampong, ‘ sudah ada yang Billionaire jatuh menjadi Millionaire, yang sudah millionaire sebelum ini menjadi MILLIONHAIR’.
Duit juga jatuh sehingga ke tangga RM 4.20 bagi setiap 1 dollar USD seperti yang berlaku pada tahun 1998. Hutang Negara Yang melebihi RM 500 Billion itu adalah bom Jangka untuk kestabilan ekonomi Negara, dan hutang Isi Rumah (Hutang Rakyat) yang sudah mencecah sebahagian besar (dikatakan 85%) dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) itu juga adalah bom jangka untuk kestabilan ekonomi Rakyat. Dalam keadaan berjaga-jaga ini, Cara pengurusan kewangan ekonomi Negara yang asyik defisit sejak kebelakangan ini, amat membimbangkan, kerana cara rakyat menguruskan ekonomi diri juga asyik defisit dan jumlahnya semakin bertambah, iaitu sekitar tahun 2006, bilangan wargakerja yang mempunyai hutang pinjaman peribadi hanyalah sekitar 3 orang bagi setiap 30 orang peserta, berdasarkan sesi kursus kewangan yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir. Tetapi pada hari ini, bagi setiap 30 orang peserta hanya 1 -3 orang sahaja yang tidak mempunyai hutang pinjaman peribadi. Ini adalah bom jangka yang bakal mengheret setiap rakyat yang sudah tersilap langkah dalam menguruskan ekonomi peribadi, sekiranya kelembapan ekonomi negara berlaku, kerana Pengurusan ekonomi Negara dan Ekonomi rakyat, berada pada tahap bom Jangka. Iaitu nampak elok selagi mana kelembapan ekonomi negara belum meletus. Tanda kelembapan juga sudah nampak di bursa Saham tetapi belum mengheret sehingga ke kos hartanah, kos kereta, kos sara hidup iaitu barangan yang dijual di pasaraya. Gajet seperti Handphone belum menunjukkan kenaikan harga walaupun matawang ringgit jatuh merudum.
Teori-teori kedai kopi, teori pasar ikan semakin banyak berkeliaran di media social termasuk whatapps, seperti mana diketahui, kesahihah dan ketulusan maklumat yang dipasarkan melalui media social dan whatapps ini amat meragukan kerana kurangnya orang yang Amanah yang ingin menyemak dahulu kesahihah fakta yang disampaikan kepada orang lain, seperti mana Allah arahkan, iaitu menyemak dahulu apabila tiba satu berita. Keduanya dari segi professionalism, masih banyak rakyat yang mudah terpengaruh dengan teori-teori Cap Ayam. Di mana Penguasaan Fardhu Ain (Baik) dan Fardhu Kifayah (Cerdik) masih kurang juga dikalangan rakyat termasuk saya. Ini yang menjadikan ‘Terlebih kuah dari sudu’ apabila bercakap tentang ekonomi.
Berkenaan gawat, saya hanya percaya gawat itu untuk orang yang tidak pernah susah, seperti mana saya yang pernah hidup susah selepas kematian ayah saya, hanya percaya kita sendiri yang memilih untuk gawat ataupun sebaliknya. Rujuk Surah Al Ar’ad ayat 11 jika tidak salah, Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Di dalam kamus Allah seperti yang kita pelajari tiada GAWAT bagi Tuhan untuk mengurniakan rezeki kepada hambanya walaupun Malaysia ditabalkan sebagai GAWAT ketika ini. Bergantung kepada Allah, menjadikan GAWAT adalah tidak relevan. Walau bagaimana rakyat yang berfikir sudah semestinya mengambail langkah yang lebih baik dalam memperbaiki diri terutama dari sudut bagaimana duit yang diperolehi dibelanjakan. Adakah apabila ekonomi Malaysia merudum, Allah tidak akan memberi rezeki seperti duit yang banyak kepada rakyat Malaysia ? Tiada GAWAT dalam pentadbiran Allah SWT.
Mengenai Teori kedai kopi yang mengatakan kena beli Emas supaya kita tidak menanggung kerugian kerana matawang RM sudah mengecil nilainya. Saya tersenyum dan kagum dengan pengamal teori ini, kerana mereka layak untuk jadi Gabenor Bank Negara, kerana mengambil alih tugas Gabenor ketika ini, iaitu bagi memastikan nilai matawang mereka tidak jatuh. Tahniah. Ketika ini kita dapat lihat kesan kejatuhan matawang ini, belum sampai lagi dirumah kita apatah lagi di pasaraya. Dengan RM 2, sebelum ini kita boleh beli Milo Tarik, pada ketika ini kita masih boleh minum Milo Tarik, dan ianya menunjukkan tiada kesan kejatuhan matawang itu kena pada kita ketika ini. Ya sekiranya berlanjutan kesan itu bakal mengenai kita. Bagus untuk tuan dan cik puan mengantikan emas berketul-ketul bagi mengantikan duit tuan dan cik puan yang berkepuk di dalam bank. Sekiranya Negara kita menjadi seperti Greece, tindakan tuan dan cik puan itu antara yang terbaik, Insyaa Allah.
Cuma saya Shamsuddin Kadir, tidak sedap hati sejak 3 tahun kebelakangan ini, iaitu saya percaya (saya hanya manusia biasa), akan berlaku satu kejutan lagi di Malaysia, di mana Emas Jongkong yang mereka miliki bukan oran TULEN. Penyakit ini sudah berlaku sejak tahun 2007 lagi, di mana seorang Cina yang ingin menjual Jongkong Emasnya, tidak mahu diterima oleh peniaga, kerana apabila dipotong di dalamnya ada LOGAM YANG TIDAK MULIA (bukan emas). Beli Jongkong emas yang ada sijil itu belum tentu TULEN, kerana sijil yang sangat cantic itu boleh diperolehi di kedai cetak yang ada diluar sana. Beli emas yang kita pakai, Insyaa Allah antara yang terbaik Insyaa Allah.
BELUM HABIS LAGI, saya kena bersiap untuk menjayakan training di Shah Alam. Mohon maaf kerana belum sempat untuk semak ejaan.
Itu juga kenapa saya selalu mengadakan kursus seperti Financial Intelligence Workshop pada 29 Ogos 2015. Dan Smart Investment paa 5 september ini. Entri awal.