Skip to main content

Bismillah. Apabila berlakunya banjir dan mengetahui telur sebiji dijual dengan harga RM 1, iaitu berdasarkan ilmu barat, iaitu Demand vs Supply, ingin saya berkongsikan kisah yang saya kongsikan hampir setiap tahun termasuk di corong radio.

Dengan izin Allah, saya kongsikan kenapa kami berpegang kepada mazhab ‘Berbisnes dengan Allah, dan bukannya berbisnes dengan manusia’.

Pesan sifu saya seorang yang beragama Islam dan banyak menunaikan solat-solat pada waktu 1/3 terakhir malam. Akibat dari ketegasan ayahnya mendidik supaya solat malam.

“Beliau menceritakan satu kisah berkenaan dengan seorang saudagar berama Washit. Beliau telah membeli gandum penuh sebuah kapal besar menuju ke Bashrah. Beliau menghantarkan sepucuk surat kepada wakilnya di pelabuhan Bashrah.

Saudagar itu menulis di dalam suratnya “Sebaik sahaja gandum ini tiba di Bashrah, hendaklah disegerakan penjualannya kepada umum jangan bertangguh walau sehari.”

Malangnya, pesanan saudagar itu diabaikan oleh wakilnya itu, kerana didorong keuntungan yang besar, maka wakil itu menangguhkan penjualan gandum itu sehingga 1 minggu kapal itu berlabuh.

Hasil keuntungan menjadi bertambah lumayan akibat dari penangguhan penjualan gandum itu, sehingga membuatkan permintaan lebih tinggi daripada penawaran. Wakilnya melaporkan keuntungan yang lebih lumayan kepada saudagar itu melalui surat jawapannya.

Surat jawapan dari wakilnya itu merungsingkan saudagar pemilik gandum itu. Sebenarnya saudagar itu sudah tahu tentang keuntungan yang tinggi apabila menangguhkan jualan gandum itu, tetapi beliau lebih rela mendapat keuntungan sedikit asalkan hubungan dengan agama Allah SWT tidak terjejas.

Justeru walaupun wakilnya telah mendapat untung yang banyak, tetapi wakilnya dianggap melakukan jenayah besar terhadap masyarakat. Menyebabkan terjejas hubungannya dengan Allah SWT.

Oleh itu, apabila surat saudagar yang kedua sampai ke tangan wakilnya itu, saudagar itu memerintah supaya “hendaklah disedekahkan semua wang jualan gandum dan keuntungannya sekali, kepada fakir miskin di Bashrah bagi mengkafarah dosanya.

Menangguhkan seminggi jualan gandum telah menyulitkan masyarakat pengguna terutama fakir miskin.

Ini perniagaan seorang saudagar yang bertakwa, beliau rela dapat untung sedikit asalkan diredhai Allah SWT dan mendapat keberkatanNya.

Keuntungan yang tidak berkat itu hanya dapat beri manfaat kepada yang peniaga sekadar di dunia sahaja, apabila memasuki alam barzah, ia menjadi petaka yang dahsyat kepada pemiliknya.”

Beliau (sifu) sudah banyak memberikan saya jalan untuk saya hidup sebagai manusia.

Berbisnes Dengan Allah Tidak Akan Rugi Walaupun Satu Sen!

Facebook pages Shamsuddin Kadir
SK Training Academy Sdn Bhd
www.sktraining.com.my
Tel : 03 4142 5300

Leave a Reply