Bismillah. Berkenaan Rahsia Tarikh Lahir ikut bulan Masihi, yang digunakan oleh orang Kristian ke, Rahsia Tarikh Lahir ikut Kalendar Cina ke, Rahsia tarik lahir ikut Kalendar India ke, Rahsia tarikh lahir ikut Kalendar Umar Al Khattab ke, semua itu tidak boleh.
Ada yang berkata “Tuan, pengiraan rahsia tarikh lahir itu ilmu dari Allah juga, jangan tuan menidakkan”
Allahu Akbar.
Orang kita bagi alasan, ilmu barat itu ilmu Allah juga, itu jawapan dangkal yang pernah saya terima.
Rujuk surah As Syam, “Allahlah yang mengilhamkan jalan kebaikan, dan Allahlah yang MENGHILHAMKAN JALAN KEJAHATAN, beruntunglah orang yang menyucikanya dan RUGILAH ORANG YANG MENGOTORINYA.
– Rugilah orang mengotorinya, iaitu yang memilih ilham kejahatan yang diberikan oleh Allah.
Kena ingat, dunia tempat kita MEMILIH, membuat PILIHAN. Anjing, babi, itu Allah yang buat, ilmu Arak, ilmu judi siapa yang apat ciptakan sendiri ? Tiada siapa yang ciptakan Melainkan hanya Allah saya yang berkuasa ke atas setiap sesuatu yang berlaku. Cuma Allah bagi kita pilih untuk ke mana, Neraka sekalipun dicipta oleh Allah, untuk dimuatkan dengan orang-orang yang memilih JALAN KEJAHATAN.
Wallahu A’lam.
Shamsuddin Kadir?