Skip to main content

Bismillah. SAW | Manusia hanyalah makhluk yang lemah, yang hanya mampu berbuat satu perkara sahaja iaitu PILIHAN.

Dosa dan pahala juga timbul dari ikhtiar (pilihan) yang kita buat.

Semua ciptaan, idea, teknologi semuanya sudah dicipta Allah, hanya menunggu masa manusia membuat Pilihan bagi memperolehi ilmu-ilmu itu.

Di dalam dunia manusia, apa yang akan berlaku 1 saat dari sekarang adalah termasuk perkara ghaib yang manusia tidak tahu.

Manakala, Allah pula sudah tahu perkara yang belum berlaku, sudah berlaku dan segala-galanya.

Manusia hanya dapat tahu sesuatu apabila ianya sudah berlaku.

Kita tidak tahu keadaan sebenar Syurga dan Negara secara 100% kerana kita belum melihat dan merasainya dengan mata dan badan kita, manakala Allah sudah mengetahui segala-galanyanya kerana Allah yang menciptakannya.

Iphone yang mungkin setengah orang merasa hebab dengan Steve Jobs, sedangkan yang menciptakan teknologi, idea itu adalah Tuhan, Steve Jobs hanya membuat pilihan untuk mencari ilmu-ilmu Tuhan itu di dalam bidang ciptaan produk untuk digunakan di dunia.

Termasuk dengan facebook ini, juga dicipta oleh Allah, dari ilham ilmu Allah itu yang membuatkan manusia yang berikhtiar (pilihan) mendapatkannya.

Kerana Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum (individu) itu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada padanya. Surah Al Quran.

Sebagainya manusia yang bertuhankan Allah setiap kali melihat apa sahaja ciptaaan yang ada di dalam dunia ini, sama ada kita lihat sekarang ataupun esok dan seterusnya, puji Allah dengan menyebut Subhanallah, dengan maksud di hati kerana Maha Suci Allahlah aku dapat melihat keindahan dan kehebatan sesuatu ciptaan itu.

Ataupun boleh digunakan Alhamdulilah, Ya Allah aku bersyukur di atas kemudahan dan keindahan ciptaan-ciptaan Mu ini.

Ataupun Allah Akbar, di atas Maha Besar Allah, semua ciptaan ini ada di depanku sekarang.

Ingat Allah dan kagumilah Allah di atas setiap teknologi dan ciptaan-ciptaanya dan sesungguhnya kita akan berhadapan dengan Allah di Padang Mashyar untuk dinilai sejauh mana kita percaya, yakin dan bertauhidkan Allah sewaktu kita hidup di dunia Ciptaaan Allah.

Wallahu A’lam.

Lain sekolah ilmu, lain pula silibusnya.

Astaghfirullah.

Shamsuddin Kadir

Leave a Reply