Skip to main content

Bismillah. SAW | Sudah beberapa kali saya ingin mengulas berkenaan dengan Law Of Attraction (LOA) yang banyak dipromosikan oleh ‘barat’.

Mungkin ada yang bertanya “kenapa saudara Malaysia | Shamsuddin Kadir ingin mengkritik produk barat itu?”

Jawapan saya : Bismillah. Ya Allah, ajarilah aku perkara yang aku masih jahil, dan berilah aku ingat semula perkara yang aku sudah lupa. Ya Allah tolong rombak mana-mana simpul pada lidahku, supaya orang lain dapat memahami kata-kata ku. Amin.

Di dalam Al Quran ada ayat suruhan. Contohnya Dirikanlah Solat dan bayar zakat.

Di dalam Al Quran juga ada ayat LARANGAN. Contohnya Tinggalkan saki baki riba, sekiranya kamu benar-benar beriman.

Di dalam Al Quran juga ada ayat PILIHAN. Suruh kita memilih jalan yang benar, ilmu yang membawa kepada ketakwaan. Rujuk Surah As Syam.

LOA ini mempunyai banyak kemudaratan kepada masyarakat Muslim berbanding dengan kebaikan, apabila di ambil secara total. Pilih, tapis yang mana halal baru ikut.

Contoh ilmu LOA yang diajar, adalah seperti berikut :

Fikirkan apa yang kita hendak sahaja, jangan fikir apa yang kita tidak mahu.

Cara Al Quran itu ditulis sudah berlawanan dengan ajaran LOA itu, di mana terlalu banyak juga ayat larangan Allah dan berkenaan dengan Neraka. Mengikut LOA, Jangan fikir tentang Neraka, Sekiranya kita tidak mahu masuk Neraka.

Selepas solat juga kita baca Allahumma Ajirna Minannar bererti “Allah Jauhkanlah Aku Dari Neraka” – Sekiranya mengikut LOA, sepatutnya hanya dibaca “Ya Allah dekatkanlah aku dengan Syurga.

Banyak juga ilmu songsang iaitu tidak boleh gunakan perkataan JANGAN.

Ayat Al Quran mempunyai juga ayat-ayat larangan, iaitu ayat-ayat supaya kita JANGAN BUAT. Jangan minum arak, jangan ambil/beri RIBA, Jangan itu dan ini…

Walau bagaimanapun dalam LOA ini, yang ada bagusnya sedikit adalah ianya ada unsur supaya kita yakin dengan melihat sesuatu dalam sudut yang ada peluang yang tinggi kita dapat mencapai sesuatu.

Di dalam Islam, dalam Al Quran itu mempunyai banyak ayat supaya kita membuat pilihan termasuk dalam Surah As Syam, Surah Al Kahfi dan banyak lagi surah lain.

Oleh itu, saya dengan ini, sama sekali tidak bersetuju apabila ilmu-ilmu LOA itu disanjung ataupun dijunjung, kerana ianya bertentang dengan banyak kalimah-kalimah Allah yang Agung itu.

Kerana apa-apa sahaja itu yang bertentang dengan Kalimah Allah itu adalah termasuk dalam salah satu ayat Surah As Syam yang bermaksud “Dialah yang mengilhamkan jalan kejahatan”. Maka ilmu-ilmu yang tidak baik itu juga datang dari Allah melalui ayat di atas.

Untuk faham, baca sekurang-kurangnya terjemahan surah As Syam ataupun mengikuti modul halatuju kehidupan yang Shamsuddin Kadir kendalikan sendiri, Insyaa Allah.

Wallahu A’lam. Astaghfirullah.

Lain sekolah ilmu, lain pula ajarannya. Kalimah Allah bukan sahaja perlu disanjung, ianya perlu dijunjung dengan amalan. Astaghfirullah.

Allahu Akbar, Subhanallah, Allahamdulillah.

?#?Lawofatrraction?

One Comment

  • Abdul says:

    Penerangan yg baik, bagaimana pula Strategi Gelombang biru dari barat, ada orang kata ia bercanggah juga…”Anda lihat anda percaya…” katanya, kalau tak nampak kita tak usah percaya…?

Leave a Reply